Monday, February 22, 2010

Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.


Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Thursday, February 18, 2010

Solat Hajat Untuk Anwar

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan memimpin solat hajat anjuran Pakatan Rakyat Shah Alam di Stadium Melawati pada 20 Februari ini bermula jam 7 malam.

Menurut Pengarah Program, Harris Bakar, solat hajat ini memohon kepada Allah melindungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah dan konspirasi jahat terhadapnya.

Turut diadakan ceramah perdana untuk menerangkan isu semasa termasuk kepincangan, penyelewengan, konspirasi dan niat jahat Umno-Barisan Nasional dalam memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Antara panelis yang akan memberi cermahanya ialah Datuk Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor, Syed Shahril Syed Mohamud.

Orang ramai diminta membawa sejadah untuk solat hajat.

Karpal Gesa AG Gugur Pendakwaan; Selamatkan Badan Kehakiman

Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meneliti semula kesemua kertas sisasatan terhadap pertuduhan yang dihadapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menggugurkan pertuduhan liwat II itu.

Karpal berkata tindakan itu perlu kerana pertuduhan yang dihadapi Anwar jelas tidak berasas berikutan laporan tiga pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada kesan tusukan ke dubur pengadu, Mohd Saiful bukhari Azlan.

“Tidak sangsi lagi Peguam Negara perlu meneliti semula keseluruhan kertas siasatan terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan dan proses pendakwaan yang sedang berjalan. Pada pendapat saya tuduhan itu tidak berasas dan ia penting untuk Peguam Negara segera menganggap ia wajar digugurkan," tegas Karpal.

“Di mata dunia tuduhan bergantung kepada bukti perubatan, laporan perubatan sangat jelas 3 pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan dan membuat laporan bahawa tiada kesan tusukan konklusif dan ia adalah bahan fundamental,” katanya.

Karpal turut menyifatkan tindakan Mahkaham Rayuan menolak rayuan pembelaan supaya kes ini digugurkan walaupun dengan hujah yang kukuh, akan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa serata dunia.

“Saya terkejut bagaimana Mahkamah Rayuan semalam tidak menerima bantahan kami, walhal ia kukuh. Saya rasa kita akan dijadikan bahan tertawa dunia jika pertuduhan ini dibenarkan untuk diteruskan," katanya.

Tangan ‘Ghaib’ Disebalik Kes Fitnah2

Dari TV Selangor

Perbicaraan Konspirasi 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh sehingga 25 Mac depan.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bagi membolehkan pembelaan memfailkan rayuan permohonan supaya beliau menarik diri dari menghakimi perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Zabidin berkata beliau tidak akan menarik diri kerana tidak ada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa pembelaan.

Beliau turut memberi alasan tiada sebab untuknya menarik diri dan ia merupakan tanggungjawab beliau melaksanakan tugas sebagai hakim.

“Yang Arif mengatakan tuduhan saya terhadapnya adalah tidak berasas. Oleh itu, saya fikir lebih baik tuduhan ini dibawa ke Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.

Terdahulu dalam prosiding, pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengusulkan supaya pihak pembelaan diberi peluang untuk memfailkan rayuan setelah Zabiden diawal prosiding hari ini enggan mengundurkan diri dari menghakimi perbicaraan.

Bagaimanapun ia dibantah Karpal kerana pembelaan tidak mahu perbicaraan ini ditangguh dan telah bersedia untuk menjalankan pemeriksaan balas.

Karpal turut mendakwa demonstarsi anjuran Pemuda Umno dan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah tindakan 50 Ahli Parlimen Australia meminta tuduhan terhadap Anwar digugurkan dilihat mengganggu proses perbicaraan.

Karpal turut mendakwa selain demonstrasi berkenaan, terdapat juga dua tangan hitam yang cuba mencampuri proses perbicaraan iaitu Perdana Menteri, Najib Razak dan Isterinya Rosmah Mansor.

DAP: 'Pemuda Umno jahil demokrasi berparlimen'

DAP Selangor menyifatkan Pemuda Umno dan pertubuhan lain yang menyertai demonstrasi di pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia semalam, sebagai “jahil fungsi sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara komanwel, termasuk Malaysia dan Australia”.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira seminggu selepas lebih 50 ahli parlimen Australia membuat desakan supaya digugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat desakan itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Canberra, Salman Ahmad.

Selain itu, pengerusi jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan Anwar dijalankan dengan adil dan saksama.

Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menjelaskan, dalam sistem demokrasi berparlimen, jawatankuasa kecil atau jawatankuasa parlimen ditubuhkan oleh parlimen dan dianggotai ahli parlimen sendiri yang tidak memegang apa-apa portfolio dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan atau eksekutif.

Selalunya, jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan isu atau portfolio pentadbiran sesebuah kerajaan itu dan berfungsi sebagai satu cabang untuk memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh eksekutif, selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman).

“Malahan dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab meneliti sesuatu akta yang dibentangkan oleh eksekutif sebelum ianya diluluskan oleh Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau yang juga ADUN Kampung Tunku berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, adalah tidak ganjil jika parlimennya mempunyai berpuluh-puluh jawatankuasa sebegini.

“Maka berdasarkan prinsip ini juga, jawatankuasa pilihan tentang hal ehwal luar negara juga ditubuhkan oleh Parlimen.

“Tugas mereka termasuk menilai dan menegur dasar-dasar luar negeri yang diamalkan oleh kerajaan.

“Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen dari Australia dan Amerika ini merupakan tugas mereka sebagai ahli dan pengerusi kepada jawatankuasa pilihan khas /kecil parlimen mereka tentang hal ehwal luar negeri,” tambahnya.

Malangnya, kata Lau, walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mewarisi tradisi parlimen ala-Westminster, tetapi ia jarang-jarang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas untuk memantau hal ehwal pentadbiran kerajaan.

“Apa yang pernah dilakukan oleh Parlimen Malaysia yang berkaitan dengan hal ehawal luar negeri ialah penubuhan kokus parlimen Malaysia terhadap Myanmar dengan tujuannya untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Myanmar.

“Maka adalah tidak tepat jikalau hendak dikatakan bahawa Malaysia mengamalkan dasar tidak campur tangan di mana dalam kes Myanmar ini, terbukti bahawa Malaysia pernah melakukan sesuatu di peringkat Parlimen terhadap Myanmar.

“Adakah ini dituduh sebagai mencampuri hal ehwal sesebuah negara berdaulat? Jika ya, maka Malaysia juga pernah melakukannya dan tindakan Malaysia menubuhkan kokus parlimen Malaysia terhadap Myanmar adalah betul kerana keadaan Myanmar yang tidak stabil telah mengugat kestabilan politik serta ekonomi serantau.

“Justeru itu, saya menyeru Pemuda Umno dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menyertai demonstrasi di pejabat pesuruhjaya tertinggi Australia ke Malaysia, untuk meneliti fakta-fakta sejarah yang saya terangkan di atas agar tidak tertembak (diri) sendiri,” katanya.

Bekas timbalan menteri keluar BN, sokong Pakatan

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri.

"Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

"Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN," tambah beliau.

"Pakatan Rakyat pada konvensyen tersebut mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri," tambah beliau

Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005.

- Bernama

Pakatan Rakyat sokong MP Australia

Ahli parlimen dari Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP menggesa pejabat peguam negara segera mengugurkan dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Supremo DAP, Lim Kit Siang berkata sidang tergempar parlimen juga perlu diadakan bagi membahaskan tekanan daripada rakan-rakan mereka dari Australia dan Amerika Syarikat yang mahu dakwaan berkenaan digugurkan.

Menurut Lim, demonstrasi di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia semalam tidak mencerminkan hasrat seluruh ahli parlimen Malaysia.

“Ramai lagi termasuk daripada pihak BN, Pakatan tidak merestui tindakan sedemikian.”

Pakar strategi PKR, Tian Chua berkata “kata-kata keras” dari Australia itu bukan satu bentuk campur tangan tetapi bagi memastikan prinsip demokrasi dipelihara.

“Kami di PKR dan Pakatan berpendapat pendakwaan ini tidak ada asasnya.”

Naib presiden pas, Mahfuz Omar juga menggesa kerajaan menggugurkan dakwaan liwat itu bagi mengelakkan Malaysia dan mahkamah di negara ini menjadi bahan ketawa dunia.

Tuesday, February 16, 2010

Shafie Afdal Jahil Undang-undang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disaran supaya belajar semula undang-undang dan konsep negara berperlembagaan sebelum mengeluarkan kenyataan yang hanya mempamerkan kejahilan diri beliau.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Saiful Izham Ramli berkata ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Shafie yang membidas tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang mempertikai pendakwaan berat sebelah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafie ketika di Sabah semalam menyifatkan langkah Ahli Parlimen terbabit sebagai tidak menghormati Perlembagaan Negara.

"Beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab dengan kenyataan itu perlu belajar semula tentang Perlembagaan dan keseluruhan sistem perundangan negara kita yang bertunjangkan sistem Inggeris yang juga diterima pakai oleh Australia sebagai anggota Komanwel.

"Kalau asas yang mudah itu pun tidak boleh difahami seorang menteri, lebih baik beliau letak jawatan," ujar Saiful ketika dihubungi Suara keadilan.

Menurut Saiful Izham, Ahli-ahli Parlimen Australia terbabit hanya mendesak supaya perbicaraan yang adil diberikan kepada Datuk Seri Anwar dan bukan berniat mencampuri urusan negara ini.

"Itu adalah pandangan peribadi mereka, sudah tentu mereka merasa bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia dan mempersoalkan kaedah pendakwaan terpilih yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar," kata beliau yang juga seorang peguam.

Namun tambahnya, media telah memainkan isu itu dengan cuba mengelirukan masyarakat tanpa mendedahkan sepenuhnya kenyataan daripada kumpulan Ahli Parlimen terbabit berhubung perbicaraan berat sebelah terhadap Anwar.

"Tidak timbul soal campurtangan. Mereka tidak mempersoalkan tentang perlembagaan negara tetapi mengenai kaedah pendakwaan," ujar beliau.

Sementara itu, Angkatan Muda KEADILAN Selangor mendesak agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional mencermin diri mereka sebelum membidas negara luar dan pihak antarabangsa sebagai mencampuri urusan perundangan negara ini.

Ketua Penerangan, Mohd Ezli Mashut menegaskan, tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia itu merupakan reaksi spontan masyarakat antarabangsa.

"Ia sebenarnya adalah reaksi spontan masyarakat antarabangsa yang melihat perbicaraan tersebut melanggar standar prinsip perundangan.

"Ulama tersohor antarabangsa seperti Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dan Syeikh Dr Wahbah Zuhaili mengecam tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar.

"Mereka menganggap ia adalah suatu fitnah yang amat besar," kata Mohd Ezli.

Dr Lee Boon Chye: Jangan Hanya Siasat Setpol Sahaja


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya turut menyiasat menteri yang menjadi ketua kepada setiausaha politik yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta.

Bercakap kepada TVSelangor beliau berkata siasatan itu tidak seharusnya menjurus kepada Setiausaha Politik semata-mata tapi perlu diperluas kepada individu yang dekat dengannya.

Ahli Parlimen Gopeng itu mengesyaki seseorang Setiausaha Politik memainkan peranan tertentu walaupun sebenarnya tidak ada kuasa untuk meluluskan sebarang projek ataupun kontrak, sebagaimana menteri.

"Jadi, adakah Setiausaha Politik itu lebih kepada menjadi sebagai agen daripada orang yang menerima rasuah. Ini sepatutnya disiasat dengan lanjut.

"Cuma menteri yang berkuasa untuk meluluskan projek dan kontrak. Jadi, sepatutnya SPRM bukan setakat menyiasat Setiausaha Politik tetapi turut menyiasat menteri yang terlibat," katanya.

Jumaat lalu, SPRM menahan seorang Setiausaha Politik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai lebih RM2 juta di pangsapuri berkenaan.

Semalam, Hasbie Satar, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan tapi tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

tvselangor

Monday, February 15, 2010

Utusan Bankrap Melayu Selamat


“Mari bankrapkan Utusan.” Itulah seruan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) , Mohamed Azmin Ali pada ceramah Selamatkan Malaysia semalam.

Azmin mengajak semua masyarakat akar umbi termasuk rakyat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor korporat dan swasta di negeri Pakatan Rakyat supaya memboikot dan menghentikan langganan terhadap Utusan Malaysia.

"Saya nak rumuskan, dalam ucapan pada malam ini. Saya nak menjaga orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia. Kita kena buat keputusan yang penting pd mlm ni saya nak mencadangkan kpd rakyat Selayang, rakyat Gombak, rakyat Selangor dan rakyat Malaysia. Setuju atau tidak kita lancarkan kempen bankrapkan Utusan Malaysia,"katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucapannya di sesi penerangan ‘Selamatkan Malaysia’, semalam.

Hal ini disebabkan tindakan Utusan Malaysia yang sering menyiarkan berita, gambar dan artikel yang memprovokasi keharmonian antara kaum dan memperburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, Utusan Malaysia tidak memajukan langsung bangsa Melayu malahan meruncingkan lagi masalah perhubungan mereka dengan bangsa lain.

"Utusan Malaysia sebenarnya memperlekehkan dan memperbodohkan orang melayu dalam negara ini .Lagi cepat kita humban utusan malaysia, lagi cerdik orang melayu dalam negara kita,"katanya.

Langkah Awal BN Cari 2/3 Majoriti Parlimen ?

Umum pimpinan Pakatan Rakyat menjangkakan Zahrain akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengelak tindakan displin dari parti itu, setelah gagal mempertahankan tuduhan terbukanya terhadap Lim Guan Eng.

Yang menarik ialah komen Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang mengaitkan tindakan Zahrain itu kepada cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) meraih kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

Desas-desus mengatakan parti pemerintah mencari ikhtiar mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen untuk meluluskan usul persempadanan semula kerusi dewan negeri dan parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tindakan Zahrain mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas, bermakna Pakatan Rakyat mempunyai 81 kerusi ketika ini, berbanding dengan 137 milik Umno-BN.

Umno-BN memerlukan kira- kira 10 kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang akan membolehkan parti itu kembali merombak semula persempadanan kerusi Parlimen dan dewan negeri.

Ini sering dilakukan untuk memberi kelebihan kepada Umno-BN menghadapi pilihan raya.

"Barisan Nasional tidak ada majoriti dua pertiga untuk pemerintah membuat sebarang pindaan dalam perlembagaan negara termasuk persempadanan semula dan lain- lain," katanya.

Azan tidak menolak kemungkinan Zahrain telah dipujuk oleh Umno untuk meninggalkan PKR. Azan berkata beliau sendiri menjadi sasaran umno baru- baru ini.

"Saya tahu perkara ini sebab saya sendiri telah dihubungi oleh mereka sebaik sahaja saya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penegrusi 2 Pahang baru- baru ini. Memang mereka menunggu peluang ini. Dan mereka akan menggunakan peluang ini untuk melengkapkan majoriti dua pertiga di Parlimen," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkata tindakan Zahrain keluar dari PKR tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

"Tiada terasa kehilangan. Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat sangat kuat dan saya rasa tidak ada kesan apapun. Selain itu Zahrain bukannya seorang pemimpin terkemuka dalam politik," kata Karpal.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, Zahrain sering bertindak atas kepentingan diri dan membelakangkan perjuangan parti dan Pakatan Rakyat.

“Yang sebenarnya kedudukan dia dan imej dia yang sudah terhakis. Boleh dikatakan sekarang ini orang nampak dia marah kerana dia tidak dapat jadi Timbalan Ketua Menteri, nak jadi calon di Penanti tidak dapat, kemudian digugurkan sebagai Pengerusi di Pulau Pinang, kerana prestasi tidak memuaskan.

"Dia juga dikatakan masih marah dengan kontrak yang terlibat dengan dia dan golf- golf Bukit Jambul, semua ini menunjukkan wajah sebenar dia,” kata Syed Husin.

Syed Husin berkata PKR dan Pakatan Rakyat merelakan pemergian wakil rakyat yang masih berpegang kepada budaya UMNO.

“Kalau ada yang lain hendak menyertai diri menjual maruah dan segalanya kepada UMNO, sila ikut dia. Sekarang dia tidak mesra UMNO, dulu dia kata tidak akan keluar dan letak jawatan tapi sekarang dia letak jawatan. Sekarang kita tunggulah apa langkah seterusnya," akhiri Syed Husin.

Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.

"Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia," katanya kepada TV Selangor.

Azmin berharap pandangan antarabangsa itu tidak dilihat sebagai campur tangan kerana Malaysia juga sering menegur negara dalam dalam isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Beliau menyifatkan pemimpin UMNO-BN hanya nampak 'kuman di seberang lautan' sedangkan 'gajah di hadapan mata tidak nampak', semata-mata mahu mempertahan kedudukan dan pangkat mereka.

Malah, Ahli Parlimen Gombak itu percaya pandangan masyarakat antarabangsa itu turut dikongsi bersama majoriti rakyat Malaysia yang melihat pertuduhan kes berkenaan sebagai konspirasi kedua.

"Jangan kita melihat masyarakat antarabangsa sahaja membantah, malahan rakyat Malaysia, majoritinya sudah jemu dan muak dengan fitnah Umno-BN.

"Malangnya suara rakyat Malaysia sudah ditutup dan dinafikan seolah-olah tidak ada sesiapa boleh bersuara," katanya.

Zaid: Utusan Lebih Mirip Kertas Tandas

Bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim melabelkan Utusan Malaysia umpama kertas tandas kerana tindakan akhbar tersebut menyiarkan berita palsu dengan mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di Pulau Pinang.

Ketika dihubungi Suara Keadilan beliau begitu kesal dengan berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu kerana tidak pernah menyelidik terlebih dahulu sebelum menyiarkan sesuatu artikel.

"Tindakan Utusan Malaysia boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat kerana ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati bagi orang Islam lebih-lebih lagi di Pulau Pinang yang mana isu perkauman telah dibangkitkan oleh puak Umno sebelum ini dan ia juga lebih tertumpu kepada isu hasutan," kata Zaid.

Selain mendatangkan bahaya pergeseran perkauman, berita Utusan itu juga akan mewujudkan imej ketidakstabilan negara dari kacamata masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara.

Zaid menegaskan jika sesuatu berlaku disebabkan oleh penyebaran berita yang belum pasti kebenarannya, Utusan Malaysia perlu menanggung kesannya dan tindakan tegas perlu diambil.

Zambry gelabah adakan sambutan Tahun Baru Cina

IPOH, 15 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas dengan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.

Katanya, sebelum ini, beliau ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan sambutan itu untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN tetapi tidak terfikirlah sampai ke tahap itu.

“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.

“Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari Raya Cina,” katanya.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menambah, sememangnya tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal apabila mengadakan hari terbuka bangsa lain.

“Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya,” katanya lagi.

Sebenarnya, kata beliau sewajarnya rumah terbuka Tahun Baru Cina hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina seperti yang akan dilakukan hari ini oleh Adun Cenderiang, Dr Mah Han Soon.

Beliau berkata, sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

“Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin Umno selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh menteri besar di Perak, bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam,” ujarnya.

Sumber : Harakahdaily

Sunday, February 14, 2010

Nik Aziz saran Zahrain kosongkan kerusi MP

KOTA BARU, Feb 14 — Datuk Seri Zahrian Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

“Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti

baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji,

dekat sini, hari ini.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Aziz berkata isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Aziz berkata rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam. — Bernama

Lima lagi MP keluar PKR?

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Lima lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut bakal keluar parti itu — sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya PKR sendiri.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.

Kelmarin, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.

“Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas sambutan Tahun Baru Cina (yang bermula hari ini)... tunggu sidang media kedua depan,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ahli-ahli Parlimen melibatkan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang,” kata sumber itu lagi. Sidang media pertama merujuk kepada pengumuman Zahrain dua hari lalu.

Kesemua wakil rakyat itu merupakan mereka tiada jawatan penting dalam parti sama ada di peringkat negeri ataupun pusat sekarang.

Kata sumber, mereka berbuat demikian atas beberapa alasan termasuk disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan ideologi perjuangan PKR sekarang.

Tanpa menamakan nama wakil rakyat berkenaan, sumber itu berkata, mereka akan keluar PKR untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat yang bertaraf Bebas.

“Sama ada mereka akan menyertai parti lain pada masa depan akan mereka tentukan kemudian,” katanya.

Satu lagi sumber memberitahu turut akan mengambil langkah itu ialah pemimpin kanan PKR Pulau Pinang bukan bertaraf wakil rakyat.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP pula 28. Daripada 31 kerusi Parlimen dimiliki PKR, empat melibatkan Pulau Pinang.

Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Selain nama Zahrain, Yusmadi dan Tan, turut terlibat dalam spekulasi ini sejak dua minggu yang lalu ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Datuk Rashid Din (Merbok) dan Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya).

Tetapi kecuali Yusmadi semua telah menafikan desas-desus itu.

Zahrain bersama Tan telah diputuskan untuk disiasat oleh lembaga disiplin PKR. Zahrain sebelum ini menafikan akan keluar PKR tetapi berbuat demikian selepas dua minggu lalu mengecam keras Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anwar sendiri.

Tan sebelum ini pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau juga akan keluar PKR jika keadaan “mendesak”.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa tiga hingga empat Ahli Parlimen parti itu akan keluar dan sedang dipikat Barisan Nasional.

Angka itu dikatakan boleh mencecah tujuh hingga 10 orang bagi memberi kelebihan dua pertiga kepada Barisan Nasional di Parlimen.

Sumber itu juga tidak menolak beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri juga akan keluar PKR, mengikut langkah beberapa wakil rakyat yang telah berbuat demikian sebelum ini iaitu membabitkan kerusi Behrang, Changkat Jering, Lunas dan Pelabuhan Klang.

“Beberapa Adun yang tidak berpuas hati kemungkinan keluar hujung bulan ini,” katanya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh sebelum ini berkata tujuh Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan keluar parti merupakan mereka yang bimbang tidak akan dicalonkan semula dalam pilihan raya umum ke-13 disebabkan prestasi tidak memuaskan.

MB Selangor: Biar mereka tinggalkan PKR sebelum PRU-13

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar ahli-ahli PKR yang kecewa agar meninggalkan parti sambil menegaskan organisasi adalah lebih penting berbanding mana-mana individu.

Pengerusi PKR Selangor itu melahirkan pendirian tegasnya di sebalik spekulasi akan ada lagi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bakal mengikut langkah wakil rakyat Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim, yang memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat bebas.

“Bagi saya keputusan sama ada mahu berada bersama PKR atau tidak terserah kepada individu terbabit. Kami ini sebuah parti reformasi bermakna kami bersatu demi satu matlamat perjuangan,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Kata beliau, kemungkinan mereka merasakan tidak boleh memenuhi kehendak masing-masing dengan kekal bersama PKR.

“Jadi lebih baik mereka tinggalkan (PKR sekarang),” katanya lagi.

Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider hari ini bahawa lima lagi Ahli Parlimen PKR disebut-sebut bakal keluar parti itu - sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya parti itu.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan sekali lagi menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.

Kelmarin Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.

“Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas sambutan Tahun Baru Cina... tunggu sidang media kedua minggu depan,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata adalah lebih baik wakil rakyat yang disebut-sebut itu meninggalkan PKR sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk apa saja perkara berlaku sebelum kita menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Jadi saya juga merasakan ini juga masanya untuk memahami apa yang kita sedang perjuangkan,” kata beliau pada majlis yang dihadiri ahli politik dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Khalid kemudian menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan buat kali pertama di Dewan Hamzah, Klang.

Pinggir Melayu: Pakatan cabar Umno berdebat

Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang berhempas pulas menepis tuduhan bahawa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Melayu dengan mencabar Umno berdebat berhubung perkara itu.

Cabaran itu dibuat dalam forum ‘antifitnah’ Pakatan malam tadi di pesta Tapak Expo Seberang Jaya di hadapan lebih 1,000 peserta yang hadir.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dua timbalannya Mansor Othman dan P Ramasamy, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut terlibat dalam program itu.

Forum tersebut dibuat ekoran dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang menuduh kerajaan Pakatan pimpinan DAP cenderung menghukum peniaga kecil Melayu berbanding orang Cina.

Selain dewan tersebut, Umno dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terlibat menganjurkan demonstrasi yang menyaksikan insiden patung Lim dibakar.

Ku Li: Nizar Masih MB Perak Yang Sah

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

Sumber : TV Selangor

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,”katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.

Sumber:TV Selangor

Sunday, February 7, 2010

Umno Arahkan Gerai Di Pulau Pinang di Robohkan!



UMNO MEMANG BANGSA PEMBOHONG!!!!!!

Terdedah lagi pembohongan UMNO di Pulau Pinang. Gerai2 yang dirobohkan oleh MPPP adalah atas arahan UMNO. Keputusan tersebut adalah keputusan UMNO dan arahan tersebut adalah arahan UMNO. Ia tidak pernah dirujuk kepada Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Artikel di bawah menjelaskan situasi yang sebenar. UMNO menggunakan beberapa ahli mereka dan menubuhkan SEDAQ untuk kerja2 "pelacuran" mereka.

Mereka yang berdemo ini, bukan Melayu pun, ini adalah barua2 UMNO kerana mereka bodoh dan mereka adalah ahli UMNO. Sememangnya ahli2 UMNO suka membodohkan diri mereka dan dilatih menyebar fitnah. Salah seorang "kawan" saya dalam Facebook bernama Armand YB PJU. Pada mulanya mamat ni bercakap terlampau baik dan lembut. Kononnya mahu PAS dan UMNO bekerja sama seperti saudara dalam Islam.

Tapi, bulan lepas, beliau datang ke Kawasan Parlimen saya dan beliau telah memberi ceramah dengan memfitnah PAS. Antara fitnah yang beliau layangkan adalah kononnya PAS diperkudakan DAP. Kami ada merakan setiap ucapan mamat UMNO yang penipu ini.

Di sini, saya sendiri melihat penipuan juak2 UMNO secara peribadi. Jelas, jeghaung-jeghaung UMNO ini tidak layak dijadikan kawan atau pun sahabat. Telunjuk mereka lurus tapi kelingking mereka berkait. Ramai kawan2 saya yang mahu memulakan perniagaan akan mengelak melakukan perniagaan atau persahabatan dengan ahli-ahli perniagaan UMNO.

Perangai penipu orang-orang UMNO sangat terkenal. Mereka ni lebih teruk dari pembohong dan penipu yang biasa kita jumpa. Mereka ini seperti tiada agama. Mereka adalah penganut agama sendiri, yakni agama UMNO.

Bagi mereka duit adalah segala-galanya. Mereka tidak hirau halal dan haram. Malaysia ini tidak akan aman kalau puak-puak ini terus memerintah Malaysia.

Sekian.

perisik rakyat

Thursday, February 4, 2010

Anwar Ibrahim – Konspirasi No. 2

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619.

Sivarasa Rasiah

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru – skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur (”HKL”) yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya. Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya “si mangsa”yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan “si mangsa” ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan “plastik” yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, “tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

”Dalam keadaan ini, apakah beliau (”Anwar”) dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?”

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan – laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku “bersalah” hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya (Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

“Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang.”

Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.