Monday, November 30, 2009

"UMNO KINI BUSUK HINGGA KE USUSNYA"

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Sumber : Harakahdaily

Monday, November 23, 2009

Pemuda UMNO berjaya kuasai PDRM

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagai di bawah telunjuk UMNO/Barisan Nasional (UBN) apabila membatalkan permit ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng di Kulai, Johor, yang sudah diluluskan lebih awal.

Ceramah yang diadakan pada semalam itu juga turut menampilkan Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sebagai penceramah. Walaubagaimanapun mereka berdua sempat memberikan ceramah.

DSAI dalam kenyataan balasnya berhubung penarikan semula permit polis itu berkata, “[permit] ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno!”

Alasan yang diberikan OCPD Zulkifli menurut DSAI ternyata tidak masuk akal. DSAI mempersoalkan adakah majlis anjuran UMNO akan dibatalkan sekiranya rakyat beramai-ramai membuat protes membantah sesuatu program anjuran UMNO atau BN.

Beliau hanya sempat menyampaikan amanat ringkas sebelum para hadirin diarahkan bersurai.

“Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit
kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut
telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap,” katanya menerusi telefon dan juga ada disiarkan di blognya.

sumber:PerakExpress.com

Kenyataan Media PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"






PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"


Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan-Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.

Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan-Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan seharian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:

"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).


Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
22 November 2009

http://muhdnurmanuty.blogspot.com/

23.11.2009

SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Sumber: Malaysiakini

Tuesday, November 17, 2009

Pak Lah bertambah RAPLAH....

KEPALA BATAS, 16 Nov: Peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi Parlimen Kepala Batas, iaitu parlimen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di dakwa telah ditarik oleh kerajaan persekutuan.
Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.

Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.

Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.

Pak Lah oh Pak Lah.... Perdana Menteri sudah ditarik.... Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang sudah ditarik... Peruntukan pun sudah ditarik.... Adakah Pak Lah wajar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas????

Gambar Sekitar Perasmian Wisma KEADILAN Perak oleh DS Anwar Ibrahim Pada 14-11-2009





Video : DS Anwar Ibrahim Ceramah Di Perasmian Wisma KEADILAN Perak Yg Baru Di Medan Istana Ipoh

Monday, November 16, 2009

Khalid: Umno puji kejayaan Pakatan tadbir S'gor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu. Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung. "Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata ' Khalid kalau macam ini habis lah kita'. "Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini. Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986. Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu. "Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan. Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu. Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat. "Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang. "Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi. Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu. Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan. "Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka. "Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya. Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan.

Monday, November 9, 2009

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Perak 14-11-2009

Anwar beri kata dua pada pemimpin PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.

Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.

Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhi dasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.

Sunday, November 8, 2009

Mengapa Gentar Untuk Menyerahkan Bahan Bukti

Pasukan peguam pembela saya sekali lagi dihalang dari mendapatkan serta memeriksa laporan perubatan, rakaman video litar dan sampel DNA akibat dari keputusan mahkamah rayuan semalam untuk menyebelahi rayuan pihak pendakwa.

Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan saya dan hak untuk mendapatkannya dijamin undang-undang. Mahkamah Tinggi pada 16hb Julai lalu memerintahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti, antaranya dua laporan perubatan dari Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur.

Jelas ada pihak yang menghalang kes ini dari berjalan lancar dan menurut lunas perundangan. Sebaliknya mereka berselindung di sebalik dalih kononnya saya yang melengah-lengahkan perbicaraan. Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya. Biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah.

Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan. Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan.

Sumber: Anwaribrahimblog.com

KONVENSYEN PARTI KEADILAN RAKYAT 2009 ( PERINGKAT NEGERI )

Kesemua jadual tersebut adalah tertakluk kepada perubahan samada Dato Seri Anwar Ibrahim sempat menghadirinya.Harap Maklum.

“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”

JADUAL KONVENSYEN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PULAU PINANG
8 NOV
AHAD
YB MANSOR OSMAN



PERAK
14 NOV
SABTU
MUSTAFA KAMIL AYUB



SELANGOR
15 NOV
AHAD
YAB TAN SRI KHALID



KELANTAN
15 NOV
AHAD
YB SAIFUDDIN



WILAYAH PERSEKUTUAN
16 NOV
ISNIN
YB AZMIN ALI



TERENGGANU
20 NOV
JUMAAT
ABD RAHMAN YUSOF



NEGERI SEMBILAN
22 NOV
AHAD
YB DATO’ KAMARUL



MELAKA
22 NOV
AHAD
SHAMSUL ISKANDAR



JOHOR
22 NOV
AHAD
ANNUAR SALLEH



KEDAH/PERLIS
10 DIS
JUMAAT
YB MAT KASSIM


PAHANG AKAN MAKLUMKAN KEMUDIAN.
—-
(HUBUNGI PIMPINAN CABANG DAN NEGERI UNTUK MAKLUMAT LANJUT)

Sumber : Amwaribrahimblog.com

Saturday, November 7, 2009

Merenung masa depan Pakatan Rakyat

PENDAPAT : Pakatan Rakyat adalah satu kerjasama politik yang dibina melalui ikatan persetujuan atas prinsip perjuangan bersama ke arah mencapai kuasa pemerintahan.

Kerjasama ini adalah suatu gagasan rakyat yang prihatin dengan perjuangan politik yang menyanggahi (pengimbal) kepada Barisan Nasional, sang tampuk pemerintahan sejak merdeka lagi.

Ia juga suatu gagasan kesinambungan Barisan Alternatif yang diasaskan tahun 1999. Barisan Alternatif telah bertukar kepada Pakatan Rakyat selepas mencapai kejayaan 82 daripada 222 kerusi Parlimen dan 198 daripada 505 kerusi Dun.

Ia juga adalah penerusan beberapa gagasan rakyat sebelumnya yang tidak bersetuju dengan amalan pemerintahan BN.

Sesungguhnya kemenangan besar Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu adalah suatu prestasi cemerlang dan mengatasi kejayaan pilihan raya umum 1999.

Pada tahun 1999, gagasan pembangkang atas nama Barisan Alternatif hanya berjaya meraih 45 (termasuk 3 PBS) daripada 193 kerusi Parlimen dan 113 daripada 394 kerusi Dun.

Namun, kejayaan era Pakatan Rakyat terlebih politis disebabkan kejayaan menafikan kuasa dua pertiga dominasi BN di parlimen, dan berjaya merampas tampuk pemerintahan di negeri Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, di samping mengekal serta meraih kemenangan besar di Kelantan.

Susahnya mengurus kemenangan

Mungkin perkataan "susahnya menjaga kemenangan" boleh disebut juga menggunakan laras bahasa pengurusan iaitu "susahnya mengurus kemenangan."

Sementara ungkapan "susah" pula adalah suatu nilaian atas banyak perkara yang bersifat konflik dan krisis.

Sifat konflik dan krisis itu pula adalah suatu paparan yang bersifat fakta dan figur.

Bersifat fakta adalah kerana banyak peristiwa politik berlaku dan terpaksa dihadapi mahupun diselesaikan sepanjang PR berada di pentas politik nasional yang sudah berwajah baharu, politik baharu.

Antara nilai politik baru ialah munculnya persetujuan dari segi persepsi politik itu telah merentasi pandangan politik lama, terjemahan dan tindakan politik tidak lagi berteraskan nilai-nilai tradisi perkauman dan berlaku kesedaran yang menggerakkan tingkah laku ke arah pemerkasaan asas-asas kesejagatan dan kebersamaan kalangan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan adat tradisi.

Diikuti dengan muncul gerakan sivil yang menyokong parti-parti politik baru di dalam perjuangan mencapai tuntutan hak, keadilan dan ketelusan serta kebebasan.

Bersifat figur pula adalah kerana sifat politik baru tidak lagi berbau retorika, tempelan, pewarnaan, mahupun ungkapan kata-kata semata-mata.

Malah kesemua figur Pakatan Rakyat itu hendaklah menyantuni persepsi, memenuhi pengharapan, melayani kehendak dan menyentuhi psikologi semua lapisan rakyat.

Justeru itu, pengalaman Pakatan Rakyat yang telah hampir dua tahun melalui pasca pilihan raya umum 2008, ternyata banyak rencah figur politik baru yang sudah dilalui.

Paling ketara bagaimana munculnya pelbagai serangan media dan salah gambaran pihak Barisan Nasional sehingga terpapar figur negatif di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Berdepan hegemoni Barisan Nasional

Segala-galanya berpunca daripada angkara BN yang sudah "keberangan" dengan perkembangan dan penerimaan rakyat terhadap nilai-nilai politik baharu.

Barisan Nasional yang masih menguasai segala-gala kekuatan kerajaan pusat telah bertindak mengukuhkan segala aparatus hegemoni � media, jentera kerajaan dan kewangan negara (media-machinery-money) untuk mencetuskan pelbagai persepsi buruk ke atas maruah dan prestasi kerajaan negeri, pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Lantas, tindakan BN ialah menggambarkan tiada lagi eloknya persepsi rakyat ke atas maruah dan prestasi PR.

Lebih-lebih lagi apabila ada segelintir rakyat yang menilai fakta dan figur prestasi PR itu menggunakan dacing BN.

Mencipta persepsi sebenar Pakatan Rakyat

Pihak PR secara amnya tidak wajar membiarkan perjuangan berasaskan denyut nadi dan citarasa serta warna-warni kehidupan rakyat terbiar dan terperangkap dengan "keberangan" Barisan Nasional.

Di sinilah tindakan perimbangan hegemoni (counterhegemony) amat penting dilakukan demi menguruskan kemenangan Pakatan Rakyat di setiap negeri yang dikuasainya.

PR kini memiliki kuasa di empat negeri (selepas Perak dirampas BN), Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Dua negeri (Kelantan dan Kedah) sudah mewakili jalur kemelayuan, sementara dua lagi (Selangor dan Pulau Pinang) adalah mewakili jalur campuran rakyat.

Ia sudah cukup kukuh untuk mencipta persepsi positif untuk memetakan fikiran rakyat agar terus kukuh menyakini politik baru PR.

Kekuatan berkerajaan (peringkat negeri) boleh dijadikan pentas menguasai ruang menuju "center stage" menguruskan segala fakta dan figur, agar rakyat terus berharmoni dan mesra PR.

PR sudah memiliki modal yang cukup banyak untuk dijadikan ramuan bagi mencipta persepsi positif kepada dirinya.

Antara modal itu ialah saf pimpinannya yang karismatik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Saf itu disokong lagi dengan figur berwibawa di setiap negeri yang menjadi penterjemah fakta politik baharu (sekadar beberapa figur): Ustaz Azizan Abdul Razak di Kedah, Datuk Husam Musa di Kelantan, Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, di samping Mohamad Nizar Jamaluddin di Perak, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di Pahang dan Mohd Abdul Wahid Endut di Terengganu.

Uruslah persepsi rakyat dengan baik

Pengalaman politik Malaysia yang lepas banyak mengajar pejuang politik berfikiran terbuka dan rasional.

Namun, sesuatu yang lebih hebat kepada seseorang pemimpin itu ialah menggunakan daya fikiran yang terbuka dan rasional di dalam mengadun segala pengalaman (fakta dan figur) menjadi suatu nilai persepsi rakyat yang bercahaya.

Maka, di sana rakyat akan menzahirkan mood sokongan berupa gelombang-gelombang yang tidak boleh disekat.

Walau bagaimanapun, adunan pemikiran dan rasional itu akan lebih berkesan, cepat menular dan mampu menggerakan jutaan rakyat tatkala berlakunya gandingan utuh dalam menguruskan persepsi rakyat.

Kita lihat gelombang ISA, betapa seriusnya adunan karismatik dan wibawa pemimpin PR seperti Anwar dan Mohamad Sabu bersama-sama rakan-rakan pimpinan lain dari DAP, PAS dan PKR telah menguruskan kesenggsaraan rakyat yang terkena bahana ISA sehingga berlakunya Gerakan Mansuh ISA (GMI) sebagai NGO yang menjadi simbol perjuangan keadilan di negara ini.

Langsung berupaya mencetuskan gelombang penolakan rakyat kepada kezaliman BN yang memerintah.

Demikian pula, gandingan pimpinan seperti Dr Hatta Ramli dan Tian Chua serta Mohamad Sabu telah membawa agenda pendemokrasian sehingga berjaya melonjakkan gelombang Bersih dan berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat menuntut keadilan perjalanan pilihan raya yang adil dalam negara.

Gerakan Bersih itu sudah menjadi agenda penyatu pentiag rakyat yang berjuang di atas landasan politik demokrasi yang merupakan teras politik rakyat dan pemerintah.

Rumusannya, mencipta persepsi rakyat bukan satu tugas mudah. Ia harus dipikul oleh semua pemimpin, bukan segelintir pemimpin sahaja.

Tugas itu hanya layak dilakukan oleh pemimpin yang komited dan memahami citarasa rakyat. Rakyat pula adalah golongan pendesak yang sekadar menerima kesannya.

Ini bermakna, sekiranya pemimpin tidak bijak mencipta dan mengurus persepsi rakyat sudah tentu rakyat akan mencipta persepsinya sendiri dan persepsi sendiri rakyat itu janganlah diharap akan sealiran dengan fikiran dan rasional pemimpin.

Oleh itu, bagi pemimpin PR sewajarnya dapat merangka suatu perancangan persepsi yang mantap dengan memanfaatkan segala modal yang ada sekarang ini (kuasa di empat negeri) bersatulah di dalam mengolah isu-isu kehendak, pengharapan dan keperluan rakyat.

Semuga rakyat terus kekal dan bersedia menggelombangkan sekali lagi medan Pilihan Raya Umum ke-13.

---------------------

Wan Nik Yussof Ngah ialah setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat.

Tuesday, November 3, 2009

Kerajaan Perpaduan: Najib mengigau dan gila talak!

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan menangani masalah dalaman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang penuh dengan isu rasuah dan moral daripada berunding mengenai kerajaan perpaduan dengan PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya berkata,"Najib masih mengigau untuk berbaik dengan Pas, walaupun Presiden Pas sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN.

"Kelakuan Datuk Seri Najib tidak ubah seperti orang gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya,"jelasnya.

Ustaz Idris menambah, PAS akan terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"PAS ingin menasihatkan Datuk Seri Najib selesailah masalah rasuah dan moral dalam umno dahulu dan parti komponen bn yang semakin kelam kabut,"katanya.

Tambahnya, ia adalah strategi pemimpin umno hendak memecah belahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin umno tidak perlu menangguk di air keruh, kerana pemimpin PAS matang dalam perhitungan politik. PAS adalah parti yang matang kerana dasarnya dan prinsip yang dipegang tidak pernah goyang kerana perhitungan politik PAS berakar kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

"PAS ingin menasihatkan Presiden umno, tumpukanlah projek 1Malaysia yang menjadi slogan dan retorik Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita tida mahu lagi peristiwa runtuhnya jabatan 1Malaysia berulang lagi sehingga mengorbankan 3 kanak-kanak sekolah di Tapah Perak ketika mengadakan perkhemahan 1Malaysia.

"Jika keadaan ini berterusan satu hari nanti mungkin negara Malaysia digelar sabagai 'Darul Runtuh',tegasnya. _

Sumber : Harakahdaily

Video : Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Di Markas Tarbiyah Pas Chemor Perak 31-10-2009