Wednesday, June 24, 2009

BERAHIM AL KATAKI MENGAMUK KAT DAP PULAK




APA la nak jadi dengan Berahim katak ni aku pun tak tau. Mula-mula marah kat PKR terutamanya DS Anwar, lepas tu macam-macam pulak kata kat Pas yang kasi dia makan dengan tempat tinggal. Terbaru ni pulak di melenting kat DAP. Orang kuat PERKASA ni memang dah tak betul otak dia semenjak menderhaka pada Pas terutamanya Tuan Guru Nik Aziz. Maklumlah, bersusah payah dia mengampu, menjilat buntut Umno siang malam, Umno buat tak perasan je kat spesis katak ni.

Dia tahu nyawa dia kat Pasir Mas tak lama, tunggu je la selewat-lewatnya tahun 2013 nanti. Tu pasal dia terpaksa tebalkan muka menenggek kat Pasir Mas hasil sedekah Pas kat dia. Kalau Pas tak kasi dia menenggek kat Pasir Mas dalam pilihanraya 2008 dulu, aku rasa spesis katak busuk ni dah lama dok dalam kumbahan najis. Aku tak tau macam mana dia nak letak muka bila datang berkempen kat Manek Urai nanti. Kalau kat tempat lain, mungkin orang tak berapa kenal sangat tabiat spesis katak ni, tapi kalau kat Kelantan tanya segala jenis ular kat Kelantan pun tak lalu nak makan katak hina tu.

Sebenarnya tiada siapa yang bagus pada pandangan Berahim ni. Dulu kata Umno tak elok maka masuk Semangat 46. Bila rasa Semangat 46 tak bolehkasi dia makan sampai buncit, dia terhegeh-hegeh minta sedekah balik kat Umno. Dapat la makan sekejap dalam Umno. Lepas tu, Umno sepak terajang dia secara hina dalam kampung halamannya sendiri. Merempat la katak ni ke hulu ke hilir minta simpati. Masuk bertanding berkali-kali, tewas teruk pulak. Merana lagi teruk hidup katak dan terhegeh-hegeh tunjuk baik kat Pas. Pas punyalah baik sangka dengan spesis katak ini kasi dia tempat untuk dia bernafas sikit. Ewaahh...lawan tokeh pulak. Kata macam-macam kat Pas dan pembangkang yang lain. Semuanya tak elok pada Berahim. Agaknya dia perasan dialah sorang-sorangnya wira rakyat dan terbaik buat rakyat. Ptuihhh....naik muntah aku.

Marah sangat Berahim pada DAP kerana seorang Pemimpin DAP minta kerajaan haramkan PERKASA. DAP kata PERKASA ni membahayakan kerana sering bermain dengan isu perkauman. Alah, itu semua orang tau. Kalau tak sebut pasal Melayu, Berahim nak sebut pasal apa lagi? Nak sebut pasal Islam? Erkkk...termuntah lagi aku. Tak semena-mena Berahim puji pulak konsep 1 Malaysia. Wah....tiba-tiba bagus pulak konsep tu ye. Aku harap Najib beri perhatianlah sikit usaha kuat Berahim tu. Jangan dipersiakan ampu-ampuan dan puji-pujian dari sang katak ini. Lepas ni, Berahim boleh pula puji sikit-sikit Kak Rosmah kita tu. Mana la tau kot-kot berjaya cita-cita dihati.....

Lain kali belajarlah dari anak Yatim dari Jelebu tu cara-cara mengipas yang terbaik. Kalau tak pun belajar dari Sang Kelembai pun boleh juga. Cukuplah sini aku nak ngomel sikit pasal kisah katak sekor nih. Bukan apa, saja nak promote kehebatan katak ni je. Kita nanti je la suara-suara garau katak ni berkumandang kat Manek Urai nanti. Pasti hebat bila dia berganding dengan raja sesumpah nanti. Bertuah Manek Urai jika dapat dua `raja' berkampung di sana iaitu raja katak dan raja sesumpah. 0oopss...lupa nak bagitahu, ada kisah menarik tentang hikayat si katak ni.

Pakatan anjur himpunan besar jelas isu k'jaan perpaduan

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya Selasa depan (30 Jun 2009)

Satu ceramah perdana akan diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala "fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan Umno dan BN" untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau, yang juga mewakili sekretariat gabungan pembangkang, berkata program tersebut akan bermula jam 9 malam dan menggesa orang ramai menghadirinya.

Salahuddin memberitahu Harakahdaily bahawa kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka yang telah mengesahkan kehadiran masing-masing termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP Lim Kit Siang.

Jangka PRK Perak selepas Manik Urai

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas. - azm _

Monday, June 22, 2009

Terkini : Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.


Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

P/S : Harakahdaily

Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.
Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.

Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.

Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.

"Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.

"Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan.

"Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.

Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.

Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut," katanya.

Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.

Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.

Ditanya impian Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan.

"Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu," ujarnya.

Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno.

Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno," katanya.

Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.

"Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa... oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja.

"Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini," katanya.

Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian.

Friday, June 19, 2009

Nizar Fail Rayuan, Hakim Belum Kemuka Hujah Bertulis

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan permohonan kebenaran hari ini, untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

” Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh”, kata Nizar yang dilihat sebagai Menteri Besar yang sah dilantik dengan mandate rakyat Perak.

Kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha Nizar merayu untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.

Nizar bersetuju dengan kenyataan Ketua hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi menyelar hakim yang melengah-lengahkan keputusan bertulis mereka.

Zaki juga menggesa hakim membuat keputusan dengan telus dan berdasarkan kepada bukti serta undang-undang termaktub.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham turut mendesak hakim terbabit untuk menyegerakan hujah bertulis mereka bagi memberi keadilan kepada pihak yang mempertikai keputusan itu.

“Setiap keputusan hakim perlu disertai dengan fakta yang menyatakan sebab ia di ambil tetapi kegagalan mereka ini member ulasan bertulis adalah tidak mengikut sistem yang betul”, ujar Ngeh.

Anwar Tidak Menolak Kemungkinan Kembali Ke Penjara Kerana Konspirasi Pendakwaan Fitnah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi.

Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap Anwar akan bermula pada 1 Julai meskipun dua laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda-tanda pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

“Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman,” anwar dipetik berkata oleh agensi berita Peranchis, AFP.

Menurut Anwar, beliau menjangkakan bukti-bukti palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakawaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UMNO-Barisan Nasional menamatkan kareer politiknya.

“Itu adalah cara termudah bagi Umno untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka,” tambah beliau lagi.

Anwar, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumour yang disahkan oleh tiga pakar perubatan menguatkan hujah Anwar bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.

Anwar berkata dua laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana-mana pihak bahawa pertuduhan terhadapnya tidak berasas sama sekali.

“Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan..yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik,” tambah beliau lagi.

Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UMNO-Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan institusi-institusi negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

“Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful.

“Saya tiada masalah berhadapan dengannya. Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan,” tambah beliau lagi.

Anwar berkata perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat sebagai gagasan berwibawa.

” Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya,” tambah beliau. (SK)

Thursday, June 18, 2009

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

P/S : Malaysiakini

Kalau UMNO Sanggup Mengaku Bersalah Membunuh Ustaz Ibrahim Libya



Ibrahim Libya adalah tokoh penetang ISA yang terunggul dalam sejarah Malaysia. Ini kerana beliau dibunuh hanya kerana rakyat di kampung Memali tidak mengizinkan Ustaz Ibrahim Libya ditangkap di bawah ISA.

Rakyat Memali dan Ustaz Ibrahim Libya lebih sanggup mati dan dibunuh dengan kejam dari ditahan di bawah ISA, yakni Akta Ikut Suka Aku.

Ustaz Ibrahim Libya telah menjadi begitu berpengaruh di Baling kerana beliau adalah bekas pegawai di Pusat Islam. Kredibiliti beliau sangat tinggi sehingga beliau disegani oleh semua ustaz2 kampung walaupun ustaz itu UMNO.

Beliau menentang segala kezaliman tajaan UMNO/BN/Dr Mahathir dengan nyawa beliau sendiri dan seharusnya Ustaz Ibrahim Libya dianggap sebagai hero nasional seteraf dengan Leftenan Adnan.

Selepas dibunuh, mayat beliau ditanam di kampung Pasir Panjang. Malangnya, batu nesan telah tidak diizinkan untuk diletak di atas kubur Ustaz Ibrahim Libya. Berapa kali batu nesan tersebut dibuang setelah dinaikkan.

Akhir sekali, Sultan Kedah sendiri mengarahkan batu nesan itu jangan dikacau, dan Sultan Kedah telah menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya. Itu bererti Ustaz Ibrahim Libya bukan penjenayah dan bukan sesat kerana mana mungkin ketua agama menziarahi pusara penjenayah.

Waktu itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang antara ahlinya adalah Harussani Zakaria,telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah bughat, yakni penderhaka. Maka, darah ustaz ibrahim adalah halal.

Hanya PAS sahaja yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya telah syahid. Waktu itu diketuai oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan sehingga sekarang Tok Guru tak pernah mengatakan fatwa beliau ditarik kembali. Ertinya kekal Ustaz Ibrahim Libya gugur syahid.

Tok Guru telah berdoa kepada Allah SWT mengadu dan merintih supaya Allah SWT menurunkan hukuman Nya ke atas kezaliman yang telah berlaku ke atas Ustaz Ibrahim Libya.

Sekarang ni, ada pula kumpulan yang nak berdamai dengan kumpulan macam ni?

UMNO CHERAS SEDIA TERIMA USTAZ NASHA?



MEMANG telah diduga. Umno akan sentiasa menunggu umpan dikailnya di makan. Walaupun kenyataan Mursyidul Am Pas yang mahukan Ustaz Nasha keluar dari Pas serta dari MP Bachok SEKIRANYA Ustaz Nasha ingin bersama Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah satu kenyataan berunsur AMARAN dari seorang Mursyidul Am, tetapi Syed Ali Al-Habshee Ketua Umno Bahaian Cheras telah mula merasa seronok. Apakah Ustaz Nasha berselera dengan Umno? Itu kita belum tahu, cuma kita inginkan satu penjelasan muktamad dari Ustaz Nasha bahawa tiada Kerajaan Perpaduan.

Ketua Umno Bahagian Cheras di dalam blognya berkata Umno bahagian itu sedia menerima Ustaz Nasha menjadi ahli Umno. Isu Kerajaan Perpaduan kini berada di kemuncaknya dan Mursyidul Am Pas telah mula lantang mengeluarkan pendapatnya selaku Mursyidul Am. Apakah MB Kelantan ini tidak suka kepada perpaduan umat? Sudah tentu tidak, kerana di bawah pentadbirannya di Kelantan, usaha untuk menyatupadukan rakyat tidak mengira bangsa, ugama dan parti giat dijalankan. Hasilnya, Pas semakin kuat di Kelantan dan semua rakyat di Kelantan hidup dengan aman dan makmur. Ini membawa maksud, tanpa Umno penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa Umno juga, Islam boleh dikembangkan.

Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. Pas pernah ditendang keluar dari Umno, dan Pas juga pernah `diceraikan’ oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai Umno. Bahkan, pemimpin Kanan Pas sendiri Ustaz Nakhaie menyertai Umno. Apakah kesemuanya itu boleh menyatupadukan umat? Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah Umno bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini? Timbul persoalan, mengapa Pas sanggup bersama dengan PKR dan DAP di dalam PR?

Persepakatan Pas dengan PKR dan DAP juga bukan persepakatan mutlak. Persefahaman di dalam PR juga mempunyai syarat-syarat tertentu yang di antaranya semua parti di dalam gabungan tersebut mestilah sentiasa menghormati prinsip dan dasar parti masing-masing. Jangan ada penentangan terhadap dasar parti oleh parti yang lain. Tumpuan ketiga-tiga parti di dalam PR ini juga adalah terarah kepada perkara yang perlu diperjuangkan bersama seperti menolak amalan rasuah, kezaliman, kebebasan media, kehakiman, kedaulatan undang-undang dan beberapa perkara yang semakin rosak di bawah kerajaan Umno/Bn sekarang. Tidak masuk di akal oleh kita, bagaimana mungkin Pas boleh memperjuangkan semua isu ini sekiranya Umno dijadikan rakan sepakat mereka. Lihatlah siapa pemimpin Umno sekarang di semua peringkat. Lihatlah betapa Umno masih segan atau tidak mampu memisahkan perasuah dari kepimpinan mereka. Apakah jika Pas bersama dan berpakat dengan Umno, maka Pas berupaya mengatasi masalah-masalah tersebut? Bagaimana dengan isu di Perak, bagaimana pula tentang jenayah yang berlaku terhadap Altantuya? Dan, banyak lagi.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya Mursyidul Am Pas telah mengeluarkan kenyataan yang amat tepat, bijak dan berpandukan kepada sejarah silam serta keadaan semasa. Betapa sayangnya beliau kepada Ustaz Nasha sekalipun sudah tentu tidak dapat melebihi cinta, kasih dan sayangnya Mursyidul Am ini kepada Pas. Apakah Mursyidul Am mempunyai kepentingan peribadi apabila menentang Kerajaan Perpaduan ini? Tidak masuk akal, kerana beliau tidak akan bermimpi untuk menjadi PM dalam waktu usia sekarang tambahan pula keadaan kesihatannya. Sedangkan jawatan MB Kelantan yang dipegangnya beberapa penggal ini pun sudah mula dirasakannya perlu dilepaskan. Beliau tiada hasrat dan cita-cita lain melainkan inginkan Pas menjadi satu parti yang akan menggantikan Umno memerintah negara ini walaupun pada ketika itu mungkin beliau telah kembali ke alam yang lain.

Selaku seorang ayah, apabila anak tidak mendengar kata setelah diberikan teguran secara baik, dijerkah, akhirnya ayah terpaksa menggunakan rotan untuk mendidik anak kesayangannya. Bagi saya, Ustaz Nasha adalah anak kesayangan Mursyidul Am kerana itulah beliau sanggup mengenepikan beberapa calon anak jati Kelantan yang layak di Bachok dan merestui Ustaz Nasha sebagai MP Bachok. Pengorbanan seorang ayah dan kasih sayangnya perlulah disanjungi oleh seorang anak. Tiada ayah yang sanggup melihat anaknya terbiar dan tersesat jauh dipengaruhi oleh dunia luar yang terlalu banyak bahaya, mudharat dan risikonya.

Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.


Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.
"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Tuesday, June 16, 2009

Video : Dato Seri Nizar Dihalau Keluar Dari Dewan Rakyat 15-06-2009

PKR selar Speaker Parlimen Gantung Nizar dan 6 lagi

Parti Keadilan Rakyat PKR menyelar tindakan Speaker Parlimen, Pandikar Amin Mulia berhubung tindakannya menggantung Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Sri Nizar Jamaluddin dan enam wakil rakyat lain dari menghadiri sidang parlimen selama 2 hari.

Turut sama digantung adalah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Mereka di halau dari Parlimen hanya kerana memakai lilitan bubar DUN Perak, bagi menggesa pembubaran DUN untuk menyelesaikan krisis perlembagaan Perak yang berlarutan sejak Febuari lalu.

"Penyingkiran tujuh Ahli Parlimen berkenaan adalah satu lagi contoh keazaman BN untuk memadam apa juga kritikan terhadap BN. Ia juga sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan Pandikar selaku Speaker Dewan," kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

Konspirasi 1998 Berulang ?



Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi.

Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.

Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.

Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.

Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Dalam keadaan begini, tidak siapa boleh menyalahkan peguam-peguam Anwar sendiri atas rasa gusar tidak dapat menyediakan pembelaan lengkap untuk anak guam mereka.

Bagi peguam seperti Sankara Nair, semua yang sedang berlaku sekarang adalah siaran ulangan perbicaraan yang ditempuhi oleh Anwar sebelum ini.

Beliau berkata setakat ini pihak pendakwaraya mempamerkan sikap tidak profesional dan beretika dalam segala peri laku mereka bersabit kes itu.

Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV.

Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.

Permohonan Anwar untuk mendapatkan bahan kes itu akan didengar pada 22 Jun ini. Perbicaraan itu akan menawarkan intipan awal ke atas tata laku badan kehakiman terhadap Anwar kali ini.

Memang tidak dinafikan, ada segelintir hakim yang masih mendokong prinsip keadilan dan menolak sebarang campurtangan dalam tugas mereka. Hanya segelintir.

Hakikatnya ialah beberapa keputusan mahkamah, contohnya yang bersabit krisis Perak menyerlahkan kebimbangan umum terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Dalam kes liwat Anwar sendiri, keputusan bingkas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Sesyen mengenai haknya membicarakan kes itu menzahirkan rasa bimbang terhadap peluang Anwar untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.

Perjuangan Anwar selama ini menjadikan beliau musuh politik utama kepada Mahathir. Kini Najib Razak pula berdepan dengan Anwar dan gandingan mantap Pakatan Rakyat yang semakin menggugat ketahanan Barisan Nasional.

Sayugia diingatkan Najib dan Rosmah secara langsung terbabit dalam kes ini.

Persoalan sama ada pasangan No 1 negara itu akan tampil memberi keterangan di mahkamah akan mencorakkan kredibiliti kerajaan, pendakwaraya dan polis dalam menghadapkan Anwar ke mahkamah atas tuduhan yang begitu mengaibkan.

Pendedahan terbaru bahawa pejabat Peguam Negara masih menahan begitu banyak bukti daripada peguam Anwar_satu pencabulan yang jelas di bawah Seksyen 51 dan 51(A) _ hanya meyemarakkan anggapan bahawa sejarah detik hitam perbicaraan Anwar akan berulang...

Ceramah Anwar, Mohd Sabu di Bangi 19 Jun ini

Harakahdaily
Tue | Jun 16, 09

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah pada jam 9.00 malam, 19 Jun ini di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Antara yang akan turut menyampaikan ucapan ialah Dr Mohammad Nur Manuty dan Adun DAP Balakong, Yap Lum Chin.

Anwar akan menunaikan solat maghrib serta menyampaikan tazkirah di Masjid Khairiah, Bangi. Umat Islam di sekitar Bangi turut dijemput sama menunaikan solat hajat bersama Anwar, seusai solat isya.

Dalam makluman yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang hari ini, Ketua Umum KeADILan itu akan turut berkunjung ke Manek Urai, Kelantan pada 21 Jun.

Selain mengatur mesyuarat dan menyusun jentera KeADILan untuk membantu calon PAS di Manek Urai, Anwar juga dijadualkan untuk berucap bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Monday, June 15, 2009

Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan

Harakahdaily
Mon | Jun 15, 09 | 1:01:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

ImageNizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks._

Sunday, June 14, 2009

AMARAN BUAT NAJIB

JANGAN CETUSKAN REFORMASI KEDUA KERANA ANWAR
Oleh Ketua Umno cawangan 1Malaysia - Pahang DM






Lebih 10 tahun dahulu, Mahathir yang kini masih mendapat umur subsidi telah menyebabkan UMNO lumpuh dan menuju kehancuran sampai ke hari ini ekoran tindakannya memecat dan seterusnya membuat pendakwaan palsu yang direka-reka ke atas Anwar Ibrahim. Peristiwa 2 September 1998 sesungguhnya menjadi titik tolak kehancuran UMNO akibat kebebalan seorang pemimpin bernama Mahathir yang bertindak zalim dan ganas ke atas bekas timbalannya sendiri. Rakyat Malaysia sama sekali tidak sampai hati melihat seorang manusia diperlakukan sedemikian rupa, lalu bertindakbalas dalam pilihanraya umum 1999. Natijahnya, UMNO kalah teruk dan Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Impak penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar semenjak 2 September 1998 itu terus menjalar sehingga ke hari ini dan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008 lepas, UMNO-BN telah menerima padah yang bukan kepalang apabila buat pertama kali semenjak negara merdeka, parti telah kehilangan majoriti dan menyaksikan enam buah negeri tumbang ke tangan pembangkang.

Saya tidak percaya bahawa kemenangan besar parti pembangkang yang seterusnya menubuihkan Pakatan Rakyat adalah hanya dek faktor seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Tetapi dendam dan marah rakyat adalah bertalian dan berentetan semenjak kezaliman Mahathir 11 tahun dahulu. Amat besar ”hikmah”nya pemecatan Anwar dan seterusnya kezaliman yang Mahathir lakukan ke atasnya dengan menyumbatnya ke dalam Penjara Sungai Buloh, telah mencetuskan kesedaran politik yang maha hebat di kalangan rakyat. Dengan bantuan media alaf baru-internet, rakyat telah mendapat maklumat dari dalam kamar Mahathir sendiri mahupun kamar mahkamah!

Sesungguhnya gelombang kesedaran rakyat terhadap kezaliman kerajaan bertitik tolak daripada penganiyaan ke atas Anwar terus merebak dengan marak sehingga ke hari ini. Meskipun kehilangan majoriti 2/3 BN dalam pilihanraya umum lepas, diikuti oleh suara-suara kesal para pemimpin BN, namun kekesalan itu cuma hangat seketika. BN-UMNO tidak pernah belajar dan mahu berubah dan bermuhasabah diri dan insaf untuk tidak terus menzalimi rakyat lagi. Selepas beberapa bulan, kebejatan pemimpin UMNO untuk terus menindas rakyat tetap diteruskan juga. Hasilnya, Perak telah dirampas secara biadap dan tidak bertamadun. Kemarahan rakyat membuak-buak lagi. UMNo tidak belajar lagi dari kesilapan pertama dahulu (menzalimi Anwar).

Kini, Episod II untuk menganiayai Anwar kembali bergema. Kalau dulu dikepalai oleh Mahathir kini anak didiknya, Najib pula yang tidak belajar daripada kesilapan dahulu, terus mahu mengenakan Anwar. Berkat persetujuan si tolol anak haram Saiful Bukhari Azlan, Najib nampaknya mahu mencuba nasib meneruskan legasi Mahathir dahulu, sepertimana Bush Junior melunaskan dendam Bush Senior terhadap Saddam Hussein. Berbinikan Rosmah Mansur yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke universiti bagi menggilap otaknya, amat malang buat Najib yang tidak mendapat seorang penasihat yang cerdik di sampingnya untuk menasihatkannya dengan hati yang jernih. Malah sifat ganas Rosmah yang meletupkan Altantuya memungkinkan Najib terpaksa berhati kering untuk mengenakan musuh politiknya yang bernama Anwar itu.

Sebagai salah seorang Ketua UMNO, suka saya memberikan AMARAN kepada Najib bahawa tindakannya mahu mengenakan Anwar melalui pertuduhan palsu Episod Liwat II dan mengarahkan hakim-hakim mahkamah untuk mengenakan juga Anwar dalam perbicaraan bulan depan bakal mencetuskan gelombang Reformasi Kedua yang bukan sahaja akan merosakkan imej negara bahkan akan menghancur leburkan terus parti keramat orang Melayu ini. Sebarang kezaliman seterusnya ke atas Anwar sudah pasti akan tambah mengukuhkan kebencian dan dendam rakyat terhadap UMNO-BN dan pilihanraya umum ke 13 nanti bakal mengebumikan terus UMNO-BN dari bumi Malaysia ini. Meskipun saya bukanlah menyukai Anwar tetapi apa jua kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan keatasnya tidak akan saya dan orang Melayu terima sama sekali. Berpada-padalah dalam berpolitik kerana setinggi manapun pangkat darjat dan sehebat mana pun kita, kita sama sekali tidak akan dapat menongkat langit. Akan ke tanah jua akhirnya dan akan berdepan dengan Munkar Nakir jua di dalam lubang kubur.

Adalah silap besar jika Najib dan orang-orang UMNo menyangkakan bahawa kerana Anwar berada bebas di luar lah maka rakyat berpaling daripada UMNO-BN walhal daripada pengamatan saya selaku Ketua Bahagian UMNO selama 10 tahun kebelakangan ini, tahap sokongan rakyat beralih kepada pembangkang dek kedurjanaan UMNo sendiri lah yang terlalu bermaharajalela seolah-olah muka bumi Allah yang bernama Malaysia ini hak milik mak bapak mereka yang bernama pemimpin UMNO. Terus terang saya katakan bahawa meskipun saya masih ahli UMNO tetapi jiwa saya sudah tidak lagi mahu bersama UMNO. Selagi UMNO mengamalkan najis mughallazah dalam pentadbiran negara dengan menganggap rasuah sebagai tuhan dan rakyat sebagai lembu yang bodoh, memperalatkan polis, SPRM, hakim-hakim , SPR dan sebagainya, maka tahap sokongan rakyat kepada UMNo akan terus terhakis sebagaimana terhakisnya pantai akibat pukulan ombak yang bertalu-talu.

Di kalangan kakitangan kerajaan pula, hampir 80 % tidak lagi memberikan undi kepada UMNO-BN. Cetusan gelombang internet yang membolehkan rakyat mendapat dan menilai sendiri berita-berita yang disembunyikan oleh media pengampu jauh mengatasi pengaruh Anwar Ibrahim seorang. Ketika Anwar terperosok di Sungai Buloh selama 6 tahun dahulu sudah cukup untuk rakyat menilai betapa zalim dan jahatnya kerajaan Barisan Nasional ini, hatta mempertikaikan apakah akidah dan agama anutan pemimpin UMNo sehinggakan kezaliman melampaui batas sanggup dilakukan ke atas seorang insan yang tidak berdaya.

Perlu disedari Najib bahawa dengan imejnya yang tercalar buruk ekoran penglibatannya dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya akan menjadi gunung berapi yang akan meranapkan ketuanan UMNO-BN buat selama-lamanya dalam PRU 13 nanti sekiranya kezaliman kedua dilakukan juga ke atas Anwar dalam Episoid Liwat II yang bakal berlangsung ini. Persetankan soal keadilan mahkamah kerana satu dunia telah tahu bahawa mahkamah di negara ini adalah di bawah telunjuk mereka yang menjadi Perdana Menteri atau penguasa UMNO-BN. Kes Perak merupakan bukti terkini yang semakin menambahtebalkan ketidakpercayaan masyarakat bahawa hakim-hakim di negara ini adalah badut-badut yang lebih layak menjadi anjing suruhan pemerintah semata-mata.

Sebelum mengakhiri tulisan ini, suka saya mengingatkan sekali lagi kepada Najib bahawa hentikanlah konspirasi kotor anda ke atas Anwar demi menyelamatkan UMNO dari terus dibenci dan dikutuk oleh rakyat. Jangan pula sampai tercetusnya Reformasi Kedua yang membuatkan parti semakin dipulau dan dibenci habis oleh rakyat dan simpati mendalam kembali subur kepada Anwar dan pembangkang.

Anda sudah pun menjadi Perdana Menteri dan tiada suatu pun lagi yang boleh menghalang anda daripada memegang jawatan itu. Jadi untuik apa anda mencetuskan masalah yang akan membawa bencana buruk kepada parti. Rakyat sekarang bukannya bodoh dan buta dan tidak tahu menilai benda yang betul atau salah. Meskipun anda, Najib berjaya menjadi PM ke-6 berkat pertolongan bomoh yang berjaya ”melemah dan menundukkan” Yang Dipertuan Agong beberapa hari sebelum 3 April lepas, seharusnya anda terus memperkasakan parti dan memenangi semula hati rakyat dengan teladan dan kepimpinan seperti Tun Razak ayah anda dahulu.

Biarlah rakyat sendiri yang menilai Anwar melalui pilihanraya. Biarkan Anwar terjun dengan labu-labu 16 Septembernya. Kalau kita dah buat benda yang betul kenapa pula kita harus takut untuk berdepan dengan rakyat? Ingatlah bahawa kekalahan kita dalam pilihanraya lepas bukannya kerana faktor Anwar Ibrahim tetapi kerana faktor kedurjanaan UMNO-BN sendiri terhadap rakyat semenjak zaman Mahathir lagi. Masih belum terlambat wahai Najib! Usahlah menambahkan lagi dosa membunuh Altantuya dengan menganiaya Anwar sekali lagi. UMNO akan terus hidup di hati rakyat selagi pemimpinnya sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat nasuha daripada segala dosa-dosanya selama ini.

Sekian, wassalam.


KETUA UMNO
Cawangan 1 Malaysia
Pahang Darul Makmur.

Saturday, June 13, 2009

Friday, June 12, 2009

Perpaduan apakah diharapkan pada UMNO!!





Mengapa UMNO baru sekarang begitu ghairah dengan isu Kerajaan Perpaduan kononnya untuk menguatkan perpaduan orang Melayu ?.

Sebenarnya, apa yang pasti UMNO lah yang telah memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan orang-orang Melayu.

Mari kita lihat sejarah sebagai bukti.

1. Perpecahan Melayu Pertama tahun 1948
Selepas penubuhan UMNO pada tahun 1946 yang menggabungkan 11 Persatuan Melayu Negeri. Orang Melayu bersatu di dalam UMNO hinggakan berjaya menggagalkan percubaan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union. Namun segalanya musnah pada 17 Mac 1948.
Satu persidangan Islam Se-Malaya telah diadakan di Gunung Semanggol yang menghimpunkan para Ulama seluruh Malaya bagi membincangkan hala tuju perjuangan bangsa Melayu. Persidangan tersebut telah menyatakan kekecewaan terhadap UMNO kerana tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak Islam dan Melayu dalam perjuangan kemerdekaan mereka. UMNO dilihat lebih banyak mengikut telunjuk British dan lebih menumpukan untuk memperoleh kuasa selepas merdeka daripada mempertahankan hak-hak Islam dan Melayu.
Teguran Ulama dalam persidangan ini tidak diambil serius oleh UMNO, sebaliknya UMNO bukan memperbaiki kelemahan tetapi menghentam pula kenyataan Ulama. Maka, para Ulama yang kecewa ini telah menubuhkan Parti Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin).
Hizbul Muslimin kemudiannya diharamkan oleh penjajah British.

2. Perpecahan Melayu kedua tahun 1951
Dato' Onn Jaafar pengasas dan Presiden UMNO pertama telah keluar dari UMNO setelah cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu untuk membentuk perpaduan kaum ditentang hebat. Maka Dato' Onn Jaafar bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.
Akibatnya orang Melayu terpecah dua, satu pihak menyokong UMNO manakala satu pihak menyebelahi IMP. Apa yang dikesalkan, pemimpin UMNO melayan Dato' Onn Jaafar sebagai musuh ketat padahal beliaulah yang bertanggungjawab menubuhkan UMNO. Kemudian, Dato' Onn Jaafar telah membubarkan IMP dan menubuhkan Parti Negara pada tahun 1962.

3. Perpecahan Melayu ketiga tahun 1955
Sekali lagi Melayu berpecah pada 31 Mei 1955. Golongan Ulama di dalam Biro Agama UMNO yang kecewa dengan UMNO kerana tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan telah keluar beramai-ramai dari UMNO dan bergabung dengan Hizbul Muslimin membentuk Persatuan Islam Se-Malaysia yang kemudiannya didaftarkan sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).
PAS telah didaftarkan di Pulau Pinang dan mempunyai pengikut yang kuat di Gunung Semanggol, Perak dan negeri Pulau Pinang sendiri. PAS kemudiannya bertanding dalam pilihanraya pertama pada tahun 1955 dan berjaya memenangi 1 daripada 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Melayu pada waktu itu terpecah kepada 3 kelompok iaitu yang menyokong UMNO, PAS dan IMP.

4. Perpecahan Melayu keempat tahun 1964
Perpecahan Melayu pada tahun 1964 berpunca daripada keputusan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Keputusan Tunku Abdul Rahman dilihat tidak wajar kerana walaupun kerajaan negeri Singapura dikuasai oleh orang Cina melalui Parti Tindakan Rakyat (PAP), tetapi mereka tidak bermaksud untuk merdeka daripada Malaysia.
Malahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Singapura menolak sekeras-kerasnya usul Parlimen untuk mengeluarkan Singapura. Namun, Parlimen yang dikuasai UMNO tetap mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Akibatnya, Singapura tergadai kepada orang Cina. Sepatutnya perselisihan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Singapura diselesaikan secara baik bukan dengan cara emosional dan egoistik serta terburu-buru.
Pada ketika ini UMNO dan PAS teruk bercakaran sehingga timbul isu kafir-mengkafir antara kedua-dua belah pihak.

5. Perpecahan Melayu kelima tahun 1978
Selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, PAS yang ikhlas berjuang menegakkan Islam telah melakukan satu pengorbanan besar apabila menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972. Penyertaan PAS dalam BN adalah untuk membantu UMNO menyelamatkan 'survival' politik Melayu yang terhakis akibat rusuhan kaum 1969.
Namun, UMNO telah mengkhianati keikhlasan PAS apabila 'menikam PAS dari belakang' pada tahun 1978. UMNO telah menyingkirkan PAS keluar dari BN dengan penuh hina sekali. Bukan itu sahaja, UMNO juga didakwa mencetuskan huru hara di Kelantan sehingga Kelantan diistiharkan darurat dan ditadbir oleh MAGERAN.
Akibatnya, kerajaan PAS Kelantan tumbang dan UMNO berjaya menawan Kelantan buat pertama kali dan memerintah Kelantan dari tahun 1978 hingga 1990. Peristiwa ini menyebabkan ramai pendokong PAS sudah tidak mempercayai lagi UMNO sampai bila-bila.

6. Perpecahan Melayu keenam tahun 1987
Perpecahan orang Melayu paling teruk berlaku pada tahun 1987. Keputusan Tengku Razaleigh mencabar Dr. Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987 menyebabkan UMNO terpecah kepada Team A dan Team B. Bukan itu sahaja, perpecahan ini telah diheret ke mahkamah. Akibatnya, Mahkamah Tinggi telah mengharamkan UMNO pada Februari 1988. Berkuburlah UMNO buat selama-lamanya.
Namun, pihak yang masih sayangkan UMNO iaitu Team A telah menubuhkan parti baru iaitu UMNO BARU. UMNO BARU kemudiannya dikenali sebagai UMNO (B) dan kemudiannya hanya dikenali sebagai UMNO sehinggalah ke hari ini. Manakala Team B telah menubuhkan Parti Semangat 46 (S46).
Orang Melayu pada ketika ini telah terpecah kepada 3 kelompok, iaitu satu pihak menyokong UMNO BARU, satu pihak menyokong PAS dan satu pihak menyokong Semangat 46. Namun, PAS dan Semangat 46 telah bergabung di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang telah berjaya menawan semula Kelantan pada pilihanraya tahun 1990.
Semangat 46 kemudian menyertai UMNO pada tahun 1996.

7. Perpecahan Melayu ketujuh tahun 1998
Sekali lagi UMNO menjadi punca kepada perpecahan Melayu apabila Melayu berpecah pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Akibatnya Melayu terpecah kepada 3 kelompok iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Nasional (KeADILan). PAS dan KeADILan telah bergabung membentuk Barisan Alternatif (BA) dan menang besar pada pilihanraya tahun 1999 serta berjaya menawan Terengganu dan Kelantan.

Kesimpulan
Jelas, UMNO yang menjadi punca perpecahan bangsa Melayu sejak dari tahun 1948 hingga kini. Idea & Isu kerajaan perpaduan dengan UMNO sungguh tidak relevan. Perpaduan Melayu hanya akan tercapai sekiranya orang Melayu bersatu menyertai parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan Melayu iaitu PAS.

Wallahualam
* rujukan fakta : Wikipedia.com, buku Sa-Belum dan Sa-Sudah 13 Mei tulisan Tunku Abdul Rahman, buku Fadhil Noor tulisan Subky Latiff, buku sejarah UMNO dan buku sejarah PAS.

Hakim Hacks Buat Hal Lagi

Augustine paul yg dikenali dgn nama manjanya sebagai hakim hacks telah membuat keputusan yg tindakan speaker perak (YB Sivakumar) tidak sah setelah beliau mengantung mb haram atau mb mahkamah rayuan zamry 786 dan enam exco haramnya pada february lalu.

Apakah hakim hacks ni tidak tau kuasa speaker?seperti kata prof.dr aziz bari hakim2 ini perlu ke sekolah semula.nak kata bodoh tapi dia ni hakim .hakim hacks berkepala botak btrt(botak tengah rambut tepi) ni memang dari dulu begini perangainya dari kes dsai dulu dia dah tunjuk kehebatan sebagai seorg hakim hacks.

Augustine Paul A/l Hacks ni sewaktu kes dsai hadapi kes liwat dia pulak yg jadi hakim.ada kah dalam kes kes begini seorg hakim yg bukan islam leh jatuhkan hukuman pada org islam?mana dia hakim2 islam dan undang islam?

Sepatutnya hakim hacks ni sudah lama di singkir kan dari jadi hakim mahkamah persekutuan ..hakim korek,korek,korek.seelok elok tempat untuk kamu wahai agustine paul yelah di kilang Hacks di mak mandin ,butterwoth untuk jadi maskot atau model di kilang tersebut.

Thursday, June 11, 2009

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan

Jun 11, 09 4:02pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."

Kekalahan Yang Lebih Teruk Di PRU 13





Assalamualaikum..saya ingin memulakan tulisan diblog saya ini menggenai kerajaan perpaduan yg diilhamkan oleh ust hadi selaku presiden pas dan ust nasha selaku timbalan presiden pas..apakah yg penting sangat utk muzakarah dan muqabalah dgn umno yg ternyata akan mengundang bala.tidakkah kedua dua pemimpin yg bergelar ulamak yg segani dikalangan ahli ahli pas dan pakatan rakyat amnya terfikir dengan apa yg umno bn telah lakukan di negeri perak?dan ternyata mereka ini merampas kerajaan pakatan rakyat dan juga telah di gelarkan dgn gelaran kerajaan haram dan apakah hukumnya jika kita ingin membentuk kerajaan perpaduan dgn kerajaan yg haram ?pasti kedua dua tokoh ini mengetahui hukumnya kerana kedua dua tokoh ini adalah ulamak.Masih ingat tak pada pru ke 10 tahun 1999 masa itu pr dikenali dgn kerajaan alternatif telah menang besar pada pilihanraya tersebut sehingga negeri terengganu jatuh ke tangan pas dan ust hadi juga telah menjadi mb di negeri tersebut.jgn di lupa pada DSAI di sebab kan kes Dsai lah barisan alternatif telah menang besar ini di sebab kan org-org melayu telah menolak ubn tetapi masa itu kita tidak mendapat undi dari org-org cina dan india disebab kan masa itu pas dan dap tidak sehaluan dan pkr baru sahaja di pentas politik .jika masa itu kita mendapat undi dari org org cina dan india rasa nya barisan alternatif masa itu mungkin telah menubuhkan kerajaan persekutuan.pas juga harus ucap terima kasih pada pkr di sebab kan pkr lah pas dan dap dapat bersatu atas kepintaran Dsai yg bijak mengatur strategi di pentas politik.kita berbalik pulak pada pru ke 11 tahun 2004 barisan alternatif telah kalah amat teruk di pilihanraya tersebut.ini kerana dap telah keluar dari barisan alternatif ketika itu yg tidak berpuas hati dgn pas atas sebab sebab tertentu.ketika itu pm baru yg ke-5 iaitu abdullah badawi(paklah)ingin memerangi rasuah habis habisan salah 1 punca barisan alternatif kalah teruk.tetapi pada tahun 2008 iaitu pilihanraya ke 12 barisan alternatif yang sekarang di kenali dgn pakatan rakyat(pr) telah memenangi pilihanraya tersebut dgn 5 negeri telah jatuh ke tangan pr.dan populariti pakatan rakyat di perak telah menewaskan ubn .kalau tak di sebab kan sabah dan sarawak dah lama ubn bungkus dan telah dikapan kan.kekuatan pr telah di kuat kan kembali setelah dap,pas dan pkr telah bergabung untk menumbangkan ubn.jika ke 2 2 tokoh yang saya nyatakan diatas masih ingin lg untk meneruskan kerajaan perpaduan dgn ubn yang telah di tentang oleh mursyidul am pas sendiri iaitu tok guru dato nik aziz yg juga menteri besar kelantan tunggu sahaja lah pada pru ke 13 pr tentu akan kalah teruk lg teruk dari pru ke 11 .manik urai pun tidak tentu lg kerana ubn akan mainkan isu kerajaan perpaduan semasa kempen di manik urai tersebut.skrg pr telah mendapat tempat di hati org cina dan india di semenanjung dan dalam pas sendiri pun telah ada kelab penyokong pas yg telah di sertai oleh org org cina dan india.jgn di sebab kerajaan perpaduan ini akan menghancur kan sokongan dari org bukan melayu untk pr pada pilihanraya ke 13 nanti tok guru nik abdul aziz juga telah mengeluarkan kenyataan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut.jadi pada 2 org yang mengaku ulamak tu hormat dan patuhlah pada tok guru nik aziz jgn buat pekak dan tenging itu pun kalau betul betul anda ni ulamak tapi kalau anda rasa anda ular dlm semak teruskan je pa yg ingin anda lakukan dgn umno celaka tu maaf mungkin ada yg terasa dgn kekerasan saya catitkan disini . kemungkinan pr akan memerintah di malaysia pada pru ke 13 mungkin tidak jadi kenyataan atas tindakan 2 org yg mengaku ulamak itu.jika ingin melihat pr menang dan memerintah malaysia pada pru akan datang lupakan lah kerajaan perpaduan dan apa saja kerjasama dgn ubn.tidak perlu kerjasama dgn Ubn cukup lah kita dgn parti pakatan rakyat PAS,PKR dan DAP dah cukup untuk kafan kan Ubn di pru ke 13 akan datang.Insyallah

Wednesday, June 10, 2009

Umno di belakang muktamar PAS?

kemaskini 3.43pm Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.

Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Sementara satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

Ahad lalu, ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjata diraja siasatan kes rampasan kuasan BN di Perak awal tahun ini, perwakilan Shah Alam mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan tertentu untuk menjayakan muktamar tersebut.

Khalid Samad, yang juga ahli parlimen Shah Alam, juga mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.

"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

P/S : Malaysiakini

Kerbau Perpaduan


Jam 19.69 am - Seekor kerbau sedang meragut rumput di tepi sebuah sungai. Tiba-tiba terdengar laungan meminta pertolongan. Sang Kerbau tercari-cari di mana suara itu datang. Lalu nampaklah ia seekor buaya sedang meraung meminta pertolongan.

Badannya dihempap sebatang pokok yang besar. Sang Kerbau mendekati buaya itu dan Sang buaya terus bersuara.

" Wahai Sang Kerbau, tolonglah aku. Sudah lama aku tidak dapat bergerak kerana dihempap pokok ini" rayu Sang Buaya.

" Bagaimana engkau boleh dihempap pokok ini" tanya Sang Kerbau.

Sang Buaya menjawab " Sebelum pukul 19.69 tadi, aku mahu menunjukkan kehebatan aku dalam sungai ini. Aku ingin menunjukkan kekuatan ekorku. Lalu aku melibas pokok-pokok di tepi sungai ini. Namun, aku tidak bernasib baik. Salah satu pokok yang aku libas telah terbalik dan menghempap badanku" cerita Sang Buaya

" Bagaimana aku boleh menolong engkau, nanti engkau akan memakan aku" tanya Sang Kerbau.

" Kita kan sama-sama binatang jadi mestilah tolong-menolong bagi menghadapi musuh kita, manusia. Engkau pun tentu tak suka kepada manusia. Tak kan aku hendak memakan engkau sedang engkau juga binatang" kata Sang Buaya

" Betul juga, aku memang benci manusia. Manusia hari-hari kerah aku untuk tarik tenggala sawah. Hari ini pun aku lari dari manusia kerana tak tahan dengan kerahan manusia" kata Sang Kerbau

" Jadi apa tunggu lagi, marilah tolong aku. Engkau binatang, aku pun binatang. Kita bersama-sama dalam barisan binatang. Engkau ada tanduk yang kuat, tunjukkan kehebatan engkau. Kita lawan semua manusia" seru Sang Buaya

Sang Kerbau berasa megah dipuji Sang Buaya. Sang Kerbau pun menggunakan tanduknya mengangkat batang pokok yang menghempap Sang Buaya.

19.74 am - Tiba-tiba, Sang Buaya menangkap kaki Sang Kerbau dan cuba menarik Sang Kerbau ke dalam sungai untuk dibahamnya. Lagipun Sang Buaya dah beberapa hari tak makan.

" Bukankah kita dah berjanji, kita dalam barisan binatang. Aku telah menolong engkau sebab kau binatang. Mengapa engkau nak memakan aku pula. Tolonglah lepaskan aku" rayu Sang Kerbau

" ha.ha.ha, mengapalah engkau bodoh sangat, aku hanya memperdayakan engkau untuk melepaskan badan aku dari batang pokok itu. Sekarang, aku sudah dapat tenagaku semula, jadi aku tak kan melepaskan engkau sebagai makananku. Engkau adalah makanan aku" kata Sang Buaya dengan megah.

Sang Kerbau meraung meminta pertolongan. Kebetulan seekor Kancil lalu di situ dan mendengar laungan Sang Kerbau.

Sang Kancil bertanya, " Apa yang berlaku wahai Sang Kerbau"

Sang Kerbau pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Sang Kancil.

Apabila selesai mendengar cerita Sang Kerbau. Sang Kancil menyuruh pula Sang Buaya menceritakan peristiwa yang sama.

Kemudian, Sang Kancil pun berkata, " aku tidak percaya kepada kedua-dua kamu, sekarang cuba kamu ulang semula kejadian ini dari mula sampai akhir.

Sang Kerbau dan Sang Buaya bersetuju dengan Sang Kancil. Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kerbau mengangkat semula batang pokok, lalu dihempap semula di atas badan Sang Buaya.

20.09 am - Kemudian, Sang Kerbau cuba menghulurkan kakinya kepada Sang Buaya untuk mengulang kejadian yang berlaku.

Pada ketika itu, Sang Kancil melarang sambil berkata, " Hoi! Sang Kerbau janganlah engkau terlalu bodoh menyerahkan dirimu kepada Sang Buaya. Tidak tahukah engkau, Sang Buaya telah menipumu"

Sang Kerbau menjawab, " bukankah Sang Buaya itu binatang jadi salahkah aku menghulurkan bantuan sebagai tanda perpaduan sesama binatang"

" Perpaduan kepala otak engkau. Bukankah kamu tahu, Sang Buaya itu penipu dan akan memakan kamu. Kamu masih lagi, hendak bersatu dengan Sang Buaya jahat ini. Biarkan dia mampus" tegas Sang Kancil

Sang Buaya merayu lagi kepada Sang Kerbau, " Tolonglah Sang Kerbau, bukankah kita sama-sama binatang. Marilah kita bentuk perpaduan sesama binatang."

Sang Kerbau berbelah bagi sama menghulurkan bantuan kepada Sang Buaya atau membiarkan buaya mampus di situ.

Cerita belum berakhir. Tunggulah episod seterusnya.

PKR mahu jadi 'paling demokratik' di M'sia

PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

pkr sivarasa pc 100609 02Empat usul ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Naib presiden yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, R Sivarasa berkata, semua usul tersebut akan dibincang dan diluluskan dalam kongres khas sehari itu yang akan membabitkan perlembagaan parti.

Katanya, jawatankuasa tersebut ditubuhkan Oktober tahun lalu dan telah mengumpulkan maklum balas daripada negeri-negeri berhubung cadangan pindaan tersebut.

Sivarasa berkata, usul-usul tersebut adalah amat penting dalam memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti itu.

Tok Guru Nik Aziz tetap tolak Kerajaan Perpaduan

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.

Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih

Oleh Bendahara Tun Perak

Assalamualaikum,

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Lebih menyedihkan apabila ada kalangan ahli dan pemimpin PAS yang mula menunjukkan penentangan kepada saudara Anwar sehinggakan wujud label-melabel dalam PAS seperti ‘orang Anwar’ dan kalangan PAS yang dilabel ‘orang Anwar’ cuba dipulaukan dan dipinggirkan seperti Saudara Husam Musa.

Benar kata Mahathir - Melayu Mudah Lupa

Teringat saya pada kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa orang Melayu mudah lupa akan sesuatu perkara dan sejarah. Ini benar apabila melihatkan situasi yang melanda PAS pada hari ini. Mereka lupa jasa saudara Anwar, mereka lupa Gelombang Reformasi 1998, mereka semua mudah lupa.

Mereka lupa akan pengorbanan yang dilakukan oleh Anwar sehingga membawa kepada kebangkitan PAS hingga kini.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 - bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS…

Prof.Dr Abdul Aziz Bari Di Markaz Pas Tmn Meru Memberi Penerangan Tentang Perlembagaan Perak 08-06-2009


Tuesday, June 9, 2009

Mahathir tidak setuju k'jaan perpaduan



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada
pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang
dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik
jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.

P/S : Malaysiakini

Monday, June 8, 2009

UMNO KINI MENDAPAT KEKUATAN, PKR DAN DAP BERDUKACITA



Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas. Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah. Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita? Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan. Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Sunday, June 7, 2009

Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seorang wakil Hamas, Palestin turut berucap di program yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

Abdul Hadi semasa ucapan dasarnya menyentuh mengenai kesediaan berdialog dengan Umno dan menegaskan keperluan kerajaan perpaduan walaupun agenda itu dibantah dan tidak diterima oleh banyak kalangan dalam PAS.

Nik Aziz berkata, individu dan kerajaan lain tidak kenal Umno sama seperti kerajaan Kelantan.

"(Bagi) otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.

"(Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan," katanya lagi.

Telur-telur penjajah

Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, tambah Nik Aziz.

Beliau juga mendakwa ada menteri persekutuan yang mengarahkan kakitangan kementeriannya di Kelantan supaya tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

"Inilah (slogan) satu Malaysia kerajaan (Datuk Seri Najib Razak) sekarang ini," katanya.

Nik Aziz juga berkata, perwakilan muktamar PAS tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi bercakap perkara lain.

Katanya, beliau sempat mendengar dua atau tiga perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

"Ini restoran, kalau kita masuk restoran kita minta makanan, kita minta minuman.

"Tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik," katanya.

"Orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar (PAS)."



Saturday, June 6, 2009

Kereta Camry @ Zamry Di SUK Perak



Tengah hari tadi saya telah menghadiri majlis perkahwinan kenalan saya di dewan bankuet SUK perak , setiba nya saya di situ saya telah terlihat kereta Toyota Camry yg telah di gunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat . Kereta ini di beli bulan 1 2009 apakah masalahnya kereta camry ini ? saya melihat sendiri dan sempat jugak saya merakam gambar gambar kereta tersebut seperti di bawah ini , tidak ada cacat cela pada kereta - kereta tersebut dan kelihatan seperti baru ada kah masuk akal jika kerajaan haram beend mengatakan kereta ini tidak layak untuk di pakai oleh exco-exco haram beend kereta kereta ini merugikan wang rakyat.Wow sejak bila beend ni pandai pasal wang rakyat ni ? ada kah mereka ingin jual kereta ni untuk penuhkan poket dan perut dgn menjual kereta kereta ini ? apa salahnya exco haram ni mengunakkan sahaja kereta ini kalau benar untuk menjimatkan duit rakyat , adakah mereka segan untuk gunakan kereta ini disebab kan kereta ini dahulunya telah digunakan oleh kerajaan pr? wahai zamry dan kuncu-kuncu jgn salah kan kereta ini sepatutnya bukan kereta ini di lelong tetapi kamu (zamry) yang harus di lelong seperti catitan diblog sahabat saya yang tertulis "kereta toyota zamry hitam metallic untuk di lelong oleh kerana merugikan wang rakyat".Wahai zamry kamu tu hanya lah mb yg haram dulu kini dan selamanya dan jugak gelaran baru untuk kamu adalah mb mahkamah rayuan.kamu boleh buat sesuka hati kamu sekarang ni wahai zamry camry metallic tapi ingat apabila tiba PRU ke 13 ko akan dikuburkan dgn exco haram kamu di perak ini dan juga kerajaan persekutuan.Insyallah.

Tak Nak Kerjasama Dgn UMNO. Tapi Kenapa Tipu?

Telah dilaporkanm dalam Harakahdaily:

“Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN.”

Kalau begitu, kenapa harus menipu satu waktu dahulu dalam berjumpa dengan UMNO?

Bukankah Ketua Penerangan PAS Pusat telah terpaksa menarik kembali kenyataan beliau dan mengeluarkan kenyataan baru?

Juga, kalau benar tiada niat untuk bersama BN dan UMNO, maka apakah tujuannya bercakap dengan UMNO dalam gelap tersebut? Sehingga sekarang tiada laporan dari mereka2 yang bertanggungjawab terhadap kandungan serta butir-butir perbincangan dengan UMNO.

Juga, isu Task Force 2010 juga tidak disentuh? Siapa dia Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu? Tidak hairanlah motivasi untuk bawa PAS ke UMNO ini adalah konspirasi pimpinan2 Terengganu kebanyakannya.

Malahan, antara jawapan balas terhadap dakwaan di atas yang saya rasa paling baik adalah:

“Betul tu… mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO. Justeru, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.”

Majlis Syura Mengarahkan Berbincang Dengan UMNO?

Antara dakwaan lain adalah kononnya Majlis Syura yang mengarahkan perjumpaan dengan UMNO tersebut.

Dakwaan ini juga mengandungi berbagai-bagai persoalan juga:

a. Kenapa Pengerusi Majlis Syura tidak mengetahui akan keputusan ini? Dan seterusnya Pengerusi Majlis Syura telah menolak apa2 hubungan dan percakapan dengan UMNO. Ini menangdakan TIADA KEPUTUSAN dari Syura kerana kalau ada, mengapa Pengerusi Majlis Syura boleh mengenepikannya?

b. Sehinga sekarang tiada bukti bahawa Majlis Syura telah mengarahkan perbincangan dengan UMNO tersebut? Tiada satu dokumen hitam putih membuktikan wujudnya arahan sedemikian.

c. Kenapa dipilih Mustafa Ali sebagai mewakili PAS sedangkan Mustafa Ali bukan ahli Majlis Syura Ulama PAS

d. Kenapa perkara ini tidak dirujuk kepada AJK PAS Pusat ataupun sekurang-kurangnya DEwan Harian PAS Pusat? Mengikut perlembagaan PAS, Majlis Syura tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan sesiapa untuk berjumpa dengan UMNO. Itu adalah bidang kuasa AJK PAS Pusat.

e. Dan kandungan perbincangan juga sehingga hari ini tidak dilaporkan secara rasmi dan bertulis kepada AJK PAS Pusat ataupun pada Syura?

KEsimpulannya, penafian yang tertera di atas ini tidak boleh dijadikan sandaran kerana terdapat banyak lagi persoalan yang masih belum dijawab.

Kalau kita dah kena tipu sekali, takkan kita nak kena tipu lagi?

http://www.malaysiawaves.com