Friday, April 30, 2010

Pengundi tak puas hati buat laporan polis

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

Tuesday, April 27, 2010

Thamrin Ghafar: Sudah Tiba Masanya Saya Menyokong Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 27 Apr - Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Monday, April 26, 2010

Terima Kasih....

Terima Kasih kepada blogger ,tenaga kerja dari PKR,DAP dan PAS ,PACA yang bertungkus lumus berkerja siang dan mlm untuk memenangkan calon PR dari PKR.Walaupun tewas kita tetap menang ini kerana undi untuk PKR telah melonjak naik.Kita tewas pun kerana banyak penipuan dan rasuah yang telah berlaku di Hulu Selangor terutamanya di DUN ULU BERNAM.Kecewa ,sedih dan duka cita memang ada dalam diri kita yang sememang nya ingin kan pilihan raya bersih dan adil.

Tetapi tidak mengapa usaha kita untuk menumbangkan UMNO dan BN berterusan dan saya yakin kita akan mencapai kemenangan yg lebih besar di PRU yang Ke 13 nanti Insyallah.Jangan patah semangat kita terus kan perjuangan ini.Kita ada tokoh tokoh pimpinan yang handal dan juga berilmu tinggi .Pemimpin ini yang akan beri kita semangat walaupun mereka sendiri kalah di sesuatu pilihanraya contohnya Dato Hj Zaid Ibrahim walaupun tewas beliau masih lagi boleh memberi semangat kepada kita supaya jngan bersdih walaupun beliau yg tewas.

Bersama Rakan - Rakan seperjuangan di hari mengundi di PRK Hulu Selangor 25-04-2010




Gambar Dimalam Kempen Terakhir PRK Hulu Selangor Di Stadium Kuala Kubu Baru











Kalau Kat Utusan Meloya atau TV3suku mesti beritau yang datang hanya lah tak sampai 100 org..sebenarnya yang hadir di stadium kuala kubu baru ialan 50,000 org di grand finale pada mlm terakhir kempen tersebut.

Saturday, April 24, 2010

Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.

Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Pakatan

Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

" pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
" pengaruh media baru dan tradisional,
" pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
" pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Friday, April 23, 2010

Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.

Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.

"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.

Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.

"Bagaima
napun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.

Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.

Anwar menjela
skan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.

"Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan Israel sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".

Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".

Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"

"Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

PR label calon BN pengundi hantu



Exco kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput.

Sungai Siput merupakan kubu kuat MIC yang dipegang oleh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sejak sekian lama sebelum ditumbangkan oleh Jeyakumar Devaraj dari PSM pada pilihan raya umum 2008.

Ahli dewan undangan negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dari PKR juga membuat dakwaan yang sama dalam twitter dengan mengemukakan nombor MyKad Kamalanathan (kiri).

Mesej twitter itu berbunyi: “Mengemparkan! Dr Xavier baru mendedahkan bahawa Kamalanathan adalah Pengundi Hantu di P62 Sungai Siput. Semak sendiri 651018-10-XXXX".

Malaysiakini menjalankan semakan melalui laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor yang dibekalkan dan mendapati Mykad itu milik seseorang yang bernama P Kamalanathan, yang merupakan pengundi di parlimen Sungai Siput dan juga dewan undangan negeri, Jelong.

Menurut data SPR alamat Kamalanathan adalah di Heawood Garden, dan dia mengundi di Simpang Tiga.

Xavier (kanan) kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa Kamalanathan tinggal di Rawang,dan alamat di MyKadnya tertera alamat di Rawang itu.

Beliau sekarang adalah calon BN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya fikir jika seseorang ingin menjadi ahli parlimen beliau harus berprinsip dan bertanggung jawab berhubung apa yang dilakukannya sebelum ini.

“Ini menujukkan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan sanggup membelakangkan undang-undang.”

Malaysiakini menghubungi P Kamalanathan untuk penjelasannya tetapi beliau berkata akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai.

"Saya sedang fokus pada pilihan raya Hulu Selangor, saya mahu berjumpa pengundi dan bermesra dengan mereka. Saya tidak akan komen sekarang.

"Saya akan komen pada masa yang sesuai. Saya terpaksa menghadiri mesyuarat sekarang. Selamat tinggal.”

Monday, April 19, 2010

Nik Aziz sokong penuh Zaid, akan turun 23 April


KOTA BHARU, 19 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan akan turun ke sana 23 April ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebaik sahaja dimaklumkan Zaid bakal bertanding di Hulu Selangor, Tuan Guru menelefonnya dari tanah suci memaklumkan sokongan penuhnya terhadap calon Pakatan Rakyat.

Jelas Husam, Tuan Guru memberitahu Zaid akan mendapat sokongan dalam pilihan raya kecil itu nanti memandangkan kelebihan yang ada padanya disamping peka terhadap masaalah rakyat.

“Kerana itu, Tuan Guru akan turun ke Hulu Selangor pada 23 April ini untuk berkempen bagi membantu kemenangan calon Pakatan selepas pulang ke tanah air 21 April ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah kedai Bandar Baru Tunjung, dekat sini pagi tadi.

Sambung Husam lagi, bukan itu sahaja Tuan Guru turut menghubungi Zaid selepas beliau diistiharkan calon Pakatan Rakyat dihari penamaan calon.

“Malah dua hari berikut Tuan Guru sekali lagi menelefon Datuk Zaid untuk memberi semangat dan sokongan,”ujar Husam lagi.

Bagi Husam, Zaid merupakan calon yang paling layak untuk bertanding dalam pilihan raya itu kerana kekuatannya yang tersendiri.

Sambungnya, calon berkenaan secara jelas telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri semata-mata kerana rakyat yang telah diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya dalam masaalah ISA.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal pengundi di Hulu Selangor menolak calon BN dalam pilihan raya itu nanti dan sebaliknya menyokong penuh calon Pakatan Rakyat yang akan meneruskan perjuangan mereka.

Umno Upah Gengster Ugut Pengundi Di Hulu Selangor

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan Umno-Barisan Nasional menggunakan apa sahaja cara bagi memenangi pilihan raya 25 April depan termasuk mengupah gengster bagi mengugut dan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin, pilihan raya kali ini paling penting buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan seluruh jentera dan aparat kerajaan bagi memastikan kemenangan BN.

Ini termasuk menghantar gengster dari pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar.

"Seperti biasa ada pertubuhan silat yang dibayar, dan pertubuhan yang tak didaftar dibayar untuk menimbulkan kekecohan. Ini pilihan raya yang paling mahal sekali.

Menggunakan gengster ini memang kerja Umno dan Barisan Nasional. Saya menjangkakan akan lebih teruk dan parah lagi," kata Badrul atau CheGuBard.

Beliau mengulas kejadian keganasan yang dilakukan oleh penyokong Barisan Nasional yang menyebabkan berlaku ketegangan di sebuah padang berdekatan pekan Kerling, Kuala Kubu Baru semalam.

Kejadian pada hari pertama kempen pilihan raya selepas penamaan calon itu berlaku apabila pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Saksi melihat sebanyak tiga hingga empat botol dibaling oleh pemuda BN itu ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Tindakan provokatif itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan 30 hingga 40 orang pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Justeru itu, Badrul meminta seluruh pengundi dan jentera Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bertenang dan tidak melayani sebarang bentuk provokasi yang dilakukan kumpulan gengster berbayar tersebut.

"Paling penting ialah kita perlu dekati terus pengundi dan biarkan mereka terus dengan gengster berbayar mereka," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan.

Beliau juga meminta beribu anggota polis yang bertugas di Hulu Selangor supaya menunjukkan kesungguhan untuk menjamin keamanan dan keselamatan pengundi di kawasan itu.

"Kita tak nak peristiwa di Bagan Pinang berulang, pertumpahan darah dan sebagainya. Bagan Pinang merekodkan di hadapan mata saya pemandu Ketua Polis Negeri ditumbuk Pemuda Umno dan oleh kerana ia berkait dengan Pemuda Umno, maka kes itu ditutup. Ada pertubuhan silat dibayar dan seperti biasa, gangster ini akan digunakan sepenuhnya," jelas beliau lagi.

Kerajaan Pulau Pinang Tambah Faedah Kematian ADUN

GEORGETOWN 19 Apr - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijangka bersidang tidak lama lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pindaan itu bertujuan bagi menambahkan faedah kepada ahli keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri sekiranya mereka meninggal dunia atau kehilangan upaya dalam tempoh memegang jawatan.

Bagi kematian biasa, faedah yang akan diberi kepada ahli keluarga Adun ialah sebanyak RM120,000, Ketua Menteri, RM750,000 dan Speaker DUN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah sebanyak RM500,000.

Nilai yang sama diberikan bagi kematian yang disebabkan bencana yang ditanggung mereka yang terbabit dalam kemalangan.

Manakala bagi kehilangan upaya kekal pula, kerajaan memperuntukkan nilai faedah antara RM120,000 hingga RM1 juta mengikut keadaan atau situasi kemalangan.

"Tujuan utama pindaan enakmen ini dibuat adalah untuk memberi jaminan kepada ADUN atau ahli keluarga mereka sekiranya kemalangan atau kematian berlaku dalam tempoh perkhidmatan. Pindaan yang dibuat adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN pembangkang turut layak mendapat faedah yang tertera.

Guan Eng berkata, pada masa ini, faedah yang terkandung dalam Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 hanya terhad kepada “Faedah Kemalangan” sahaja.

"Pindaan yang bakal dibuat akan memasukkan perkataan “atau kematian” ke dalam Enakmen tersebut bagi membolehkan ADUN atau waris mereka memperolehi faedah tersebut. Namun, kematian biasa yang tertera di dalam pindaan tersebut tidak termasuk kematian dengan cara bunuh diri," ujarnya.

KEADILAN, PAS, DAP, SNAP Tubuh Pakatan Rakyat Sarawak

Pakatan Rakyat hari ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila melebarkan sayapnya di Sarawak dengan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak secara rasmi yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat persetujuan daripada KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP.

Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat tertutup yang di Sibu yang dihadiri oleh Anwar serta pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian dan juga seorang Naib Presiden SNAP.

Anwar berkata penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak telah mendapat persetujuan oleh empat parti yang akan menjadi rakan kongsi dalam membawa perubahan senario politik Bumi Kenyalang itu.

"Keputusan mesyuarat hari ini kita telah mendapat persetujuan menubuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak dan kita akan umumkan butiran lanjut dalam masa yang terdekat.

"Selain itu juga pada pilihan raya kecil di Sibu nanti kita telah bersetuju untuk meletakkan calon dari DAP bagi bertanding di situ.

"Saya juga akan menghantar surat rasmi kepada SNAP bagi menjemput parti itu menyertai Pakatan Rakyat," jelas Anwar kepada Suara Keadilan.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat pusat akan membantu jentera pilihan raya kecil di Sibu bagi memastikan kemenangan calonnya.

Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti...

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

- Bernama

Saturday, April 17, 2010

Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon Hulu Selangor 17-04-2010

Pemimpin Yg diGeruni oleh Bend Dan Umngok Dato Seri Anwar Ibrahim

Udah Tak De Keje Lain..Duk Rakam Gambor jer


Puteri Umngok

Bis Duit Rakyat...

Banner dari PR Gopeng Menyokong Sepenuhnya Dato Zaid Ibrahim

Tuesday, April 13, 2010

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar, katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu ,katanya lagi.
-Malaysiakini

Sunday, April 4, 2010

Mafrel bidas 'sogokan' pilihan raya

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya.

Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Mafrel, pihak kerajaan mungkin mendakwa apa yang dilakukan mereka itu dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsurkan kempen.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Cuba beli undi: MB S'gor bidas BN

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya.

"Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini, bidasnya.

Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.

"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.

"Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka, katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.

PKR, katanya lagi akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini.

Bukan 'berorientasikan janji-janji'

Menteri besar Selangor itu juga berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.

"Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya.

Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Tuduhan meleset

Abdul Khalid juga menolak dakwaan Najib kononnya rakyat sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat.

"Jika dia kata rakyat tak yakin dengan Pakatan, kenapa Najib datang ke mari? Dia sepatutnya pergi berseronok di tempat lain, katanya sambil merujuk lawatan Perdana Menteri di kedai-kedai sekitar Kuala Kubu Baru hari ini.

Sementara itu, lebih 500 orang menghadiri majlis bersama Menteri Besar dan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendengar maklum balas terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

Abdul Khalid juga menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor.

Beri geran

Khalid berkata pemberian geran ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu, dan usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bersama Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kerajaan negeri meletakkan sasaran 100,000 pemberian milikan tanah di seluruh Selangor.

Pada majlis tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri komited untuk membantu warga Selangor menduduki tanah yang sekian lama dinafikan kepada mereka di bawah pentadbiran lalu.

Dalam perkembangan lain Khalid berkata ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.

"Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu," tambahnya.

Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu.