Tuesday, April 28, 2009

Peti Undi Pos DUN Ladang Dibuka SPRM May ini..

Mimpi apa entah Wan Hisham calon BN DUN Ladang yang tewas kepada calon Pas Dato’ Engku Hassan pada PRU12 tiba-tiba kelihatan melawat kawasan. Bekas ADUN Ladang abang kepada Dato’Bekas Senator Wan Farid, calon BN yang tewas di P36 (dianggap Tun Mahathir sebagai calon BN paling teruk) kelihatan dengan balacinya sehari dua ni melawat Berek Polis Kuala terengganu dan beberapa kawasan lain lagi di Dun Ladang. Ada Udang Apa Di Sebalik Batu Wan Hisham yang tiba-tiba buang tebiat? Wan Hisham yang tersohor dengan kesombongannya semenjak menjadi wakil rakyat DUN Ladang nampak ceria seolah-oleh baru dapat projek berjuta-juta macam zaman sapu bersihnya dulu. (untuk rekod Wan Hisham adalah ahli belah "Deris Natang"

SpesisUmno, biasalah bermula daripada presiden hingga ke tukang sapu, kalau tak ada batu takkan ada udangnya. Perisik TST cubalah mengendeng-ngendeng (hidung X mancung) dengan penyalur maklumat dalaman kami. Huh rupanya ada satu lagi peti undi Pos DUN Ladang yang belum dibuka semenjak PRU12 dulu. (Satu lagi projek Keajaiban Nasional). Menurut sumber yang sangat boleh dipercayai itu,

Kerusi Dato’ Engku Hassan sebagai ADUN Pas Ladang bakal dirampas oleh Wan Hisham apabila peti undi misteri itu akan dibuka May ini. Menurut sumber yang memang boleh percaya itu, pengundiaan semula ber-kemungkinan TIDAK akan diadakan semula kerana Konsep Baru Kerajaan BN pimpinan Majib yang bertemakan belanja berhemah untuk berjimat cermat dan elak pembaziran wang untuk rakyat bakal memutuskan, ooop sorry, bukan BN tetapi katanya SPRM sekarang mempunyai kuasa penuh untuk menentukan (bukan BN lagi) samada PRK Dun Ladang patut atau tidak diadakan semula. Bak kata Anakku Mukhriz, terpulang kepada budi bicara SPRM. Patut pun Wan Hisham terhegeh-hegeh kembang semacam melawat kawasan, ada peti undi nak dibuka di sebalik batu SPRM rupanya.

Dalam satu scenario yang lain, Pengerusi DAP Terengganu, Sdr Ng Chai Hing pula melawat sebuah kawasan di Hulu Terengganu menyampaikan bantuan kemanusiaan kerana prihatin terhadap penderitaan keluarga Hasbunaim yang melarat di dalam negeri yang terkaya dan di kawasan DUN yang dimenangi BN.(Nawok)

Contoh CAKNA yang diamalkan oleh gagasan Pakatan Rakyat. CAKNA mengikut kamus Sinar Hairan ialah CAKAP dan LAKSANA.

Kalau nak dikirakan, kawasan tu dekat jugak dengan kawasan Rosol Wahid bersama 10 ADUN Hitam yang mengisytiharkan seteru dengan Ahmad said untuk membela penderitaan rakyat dan Umno. Persoalannya ialah, Rosol Wahid nak BELA sape? Rakyat konon..Nawok semuanya. (Nawok bahasa native Terengganu bermakna Bapak segala Penipuan) Dengar Rosol Wahid dah hampir pokai kerana tak cukup duit dah nak bayar Bunglow Mewahnya yang (berciri-ciri rakyat) di Bukit Besar, Kuala Terengganu yang dipercayai miliknya. (Kenapa tak buat rumah di kawasan Ajil DUN Sendiri? Takut Rakyat ke?) Manakala JKKK Natang dalam kawasan tempat tinggal usang Hasbunaim tu buat apa? Kerja bersih kubur saja ke? Patut pun sekarang orang kat sini panggil JKKKK sebagai “Jawatankuasa Kebersihan Kubur Kebangsaan”.

(Untuk rekod, Wan Hisham dan Wan Farid (yang dipercayai bertanggung jawab mengarahkan tembakan peluru hidup di Pemberontakan Terancang Wan Farid di Batu Burok 2009)adalah cucu kepada Dato’ Seri Lela Diraja Wan Mahmod, Ketua Polis Kuala Terengganu dan "barua" British yang mengetuai dan mengarahkan insiden tempur dan tembak mati 11 orang petani di PADANG KACHUNG, Kuala Berang dalam PEMBERONTAKAN TANI tahun 1928).

Monday, April 27, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat





Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR,Juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan,
sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang.
seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

Wassalam




Hee akan menggantikan Sivakumar Sidang DUN 7 Mei Nanti ?


Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Panas Menjelang Sidang DUN 7 Mei

Sebelas hari menjelang sidang DUN Perak beberapa peristiwa panas dan ganas akan mengambil tempat dalam catatan sejarah. UMNO akan lakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa yang dirampas dua bulan lalu. Pakatan Rakyat juga akan bertarung habis-habisan untuk menyekat kemelampauan UMNO-BN.

Hee Yit Foong kini menjalani sessi kaunseling dan motivasi khas untuk berperanan sebaik mungkin mengendalikan sidang DUN 7 Mei. Exco Kanan (haram) kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengasuh Hee sedang berusaha meyakinkan Timbalan Speaker itu. Hee masih serba salah, tetapi exco kanan itu gigih berusaha. Selepas tampil bersama Jamaludin dan Osman mengisytiharkan keluar parti pada 4 Februari lalu, Hee berjaya dinasihati oleh exco itu agar tetap pendirian.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Pilihan pertama ialah menangkap Sivakumar. Setakat ini ada banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dia boleh ditangkap bila-bila masa dan ditahan reman selama seminggu. Kalau dia ditahan antara tarikh 1 hingga 6 Mei, sidang DUN pada 7 Mei akan dikendalikan oleh Hee secara sah. Sebaik saja sidang bermula, UMNO boleh mengusulkan pemecatan Sivakumar dan mencadangkan Hee atau Nasarudin sebagai Speaker baru. Usul itu akan menang dengan 29 menyokong dan 27 menentang.

Pilihan kedua ialah memujuk Sivakumar seperti pujuk-tawar-ugut yang dibuat terhadap 4 pelompat sedia ada. UMNO tak perlu bimbangkan apa-apa risiko undang-undang kerana semua jabatan/agensi/suruhanjaya penguatkuasaan undang-undang telah menyembah taat setia.

Pilihan ketiga ialah menghilangkan Sivakumar seperti di awal kes 3 pelompat daripada PR menjelang rampasan kuasa tempohari. Pilihan keempat ialah menguzurkan Sivakumar dengan cara menghilangkan upaya fizikalnya untuk hadir ke sidang DUN. Kalau Sivakumar sakit teruk atau cedera teruk pada saat-saat akhir menjelang 7 Mei, sudah tentu dia tak dapat menghadiri sidang.

Namun begitu UMNO masih mengkaji secara serius kesan tindakan yang akan dibuat itu. Setakat ini belum terjumpa kaedah yang meyakinkan untuk mempositifkan persepsi rakyat akibat langkah meng’ghaib‘kan Speaker itu. Sama ada jangka pendek atau jangka panjang, kelihatannya UMNO tetap rugi. Penyokong PR akan semakin marah dan benci. Sebahagian pengundi atas pagar akan beralih simpati kepada PR. Begitulah report yang dikemukakan oleh sekelian mata dan telinga UMNO di seluruh pelosok negara.

Tapi UMNO tak ada banyak pilihan. Kalau Sivakumar mengendalikan Sidang, UMNO akan berdepan dengan bermacam-macam risiko. PR ada ruang yang cukup luas untuk menguasai sidang. Tiga pelompat yang asal boleh diusir dari dewan. Tujuh pesalah gantung boleh dihalau oleh Speaker dengan alasan yang lain pula. Yang tinggal hanya 21 ADUN BN berbanding 27 ADUN PR (tak termasuk Speaker). Ketika itu kalau nak bubarkan DUN, Pakatan Rakyat boleh mengusulkannya. Kalau nak sabitkan mana-mana ADUN BN atas apa-apa kesalahan lalu dihukum gantung macam Gobind Singh, PR boleh melakukannya. Jawabnya lingkup bahanalah UMNO.

Oleh itu by hook or by crook Sivakumar mesti tiada dalam sidang DUN 7 Mei.

Wednesday, April 15, 2009

Bubar Dun Perak jika BN kuat


Wed | Apr 15, 09

IPOH, 15 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) terkejut dan kecewa dengan kenyataan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di dalam media cetak mengatakan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salmah Salleh dalam kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Zambry Abdul Kadir.

Menurutnya, DPPK IT juga kecewa dengan dakwaan pemimpin pemimpin Umno/BN yang mendakwa parti itu mendapat sokongan besar dari orang Melayu, dalam masa yang sama menyifatkan kemenangan calon PAS, Dato' Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Ismail Safian di Parlimen Bukit Gantang adalah kerana PAS mendapat sokongan dari orang Cina yang telah terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.

"Keputusan Pilihan raya Kecil Bukit Gantang baru-baru sebenarnya petanda jelas menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu. BN sebenarnya menguasai kerajaan tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri serta membelakangkan undang-undang," katanya.

DPPK IT melihat contoh sebelum ini seperti kenyataan Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali pernah menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Hulu bagi membuktikannya bahawa rakyat tidak menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini akan berulang lagi dengan kenyataan yang sama.

"Kita mencabar jika benar-benar BN / Umno masih lagi diperlukan oleh rakyat Perak, Zambry boleh menjemput Nizar sama-sama memohon perkenan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak jangan hanya membuat kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang akan menyebabkan pelabur takut untuk datang ke Negeri ini," katanya.



Anak Pokok ini Juga Telah Dihancurkan Oleh UmNo Cilaka





TUGU DEMOKRASI yang Telah dihancurkan Oleh AMnoCilaka



Waspada Kerajaan Pakatan Rakyat

Assalamualaikum...di sini ada beberapa perkara berkaitan kerajaan pakatan rakyat untuk di ambil iktibar.Di negeri Perak semasa YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar yang sah sepatutnya YAB Dato Seri menukar saja Setiausaha Kerajaan Negeri yang pandai berlakon dan seakan-akan warak dihadapan Dato Seri dan semua adun-adun Pakatan Rakyat.Bukan kah Dato Seri tidak tahu org-org Umno dan BN ni pandai berpura-pura dan munafik.Apabila Dato Seri sudah tiada lagi dalam pentadbiran kerajaan perak mereka telah menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Dato Seri.Dato Seri seandainya di takdirkan pembubaran DUN negeri perak dan andainya kerajaan Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk mentadbir semula negeri perak yang kita cintai ini harus lah Dato Seri mengambil sikap berhati-hati dan pastikan tidak ada lagi tali barut dalam pentadbiran yang akan datang.Dato Seri satu lagi ingin saya cadangankan berikan lah peluang pada ahli ,pendokong dan pejuang Pakatan Rakyat untuk mendapat kan pekerjaan apabila kerjaan pakatan rakyat memerintah semula (Insyallah) . Kita semua buat kerja-kerja parti ini suka rela dan ikhlas.tapi berikan le lebih peluang pada penyokong dan ahli pakatan rakyat untuk mendapat kan kerja di negeri perak.Jgn le kasi peluang kepada org-org UMN0 dan BN.Utamakanlah org-org Pakatan Rakyat.Pada pendapat saya org UMNO baik yang diatas dan yg dibawah kebanyakannya (bukan semua) memamg tidak boleh dipakai dan berkarat.Dan sekarang Mereka ingin pula menghuru harakan Negeri Selangor di pawah Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.gunakan la kuasa yang ada pada Dato Seri sebagai Menteri Besar yang tegas tetapi mesra rakyat..sebelum saya terlupa saya ingin megucapkan tahniah di atas kemenangan Dato Seri menjadi ahli Parlimen Bukit Gantang .Harap Dato Seri memberi Pertimbangan dgn apa yang saya catatkan di sini..berjumpa lagi..Takbir...Reformasi...Makkhal Sakhti.

Mampoi UMNO Cilaka

Monday, April 13, 2009

SeLamat Mengunjungi Ke Blog Pakatan Rakyat

Assalamualaikum..kepada pengunjung dan teman-teman perjuangan yang melawat blog saya ni kasi ler komen atau pandangan di sebabkan blog ni baru di bina..dan memerlukan banyak bantuan-bantuan dari teman-teman bloggers yang lain..terima kasih

Nik Aziz menangis - Dengar Amy Search menyanyi lagu ketuhanan


TANGISAN Nik Aziz.


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman (gambar kecil), 51, pada satu majlis di sini semalam.

Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.

“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.

Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.




“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.

“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, menurut Amy, beliau tidak sedar ketika menyanyikan lagu apakah Nik Aziz menangis.

“Saya menyanyikan empat buah lagu termasuk Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella dan Saat Ku Idamkan. Jika beliau mampu ‘terasa’ isi lagu rock tersebut, saya begitu berbesar hati,” katanya.