Tuesday, April 28, 2009

Peti Undi Pos DUN Ladang Dibuka SPRM May ini..

Mimpi apa entah Wan Hisham calon BN DUN Ladang yang tewas kepada calon Pas Dato’ Engku Hassan pada PRU12 tiba-tiba kelihatan melawat kawasan. Bekas ADUN Ladang abang kepada Dato’Bekas Senator Wan Farid, calon BN yang tewas di P36 (dianggap Tun Mahathir sebagai calon BN paling teruk) kelihatan dengan balacinya sehari dua ni melawat Berek Polis Kuala terengganu dan beberapa kawasan lain lagi di Dun Ladang. Ada Udang Apa Di Sebalik Batu Wan Hisham yang tiba-tiba buang tebiat? Wan Hisham yang tersohor dengan kesombongannya semenjak menjadi wakil rakyat DUN Ladang nampak ceria seolah-oleh baru dapat projek berjuta-juta macam zaman sapu bersihnya dulu. (untuk rekod Wan Hisham adalah ahli belah "Deris Natang"

SpesisUmno, biasalah bermula daripada presiden hingga ke tukang sapu, kalau tak ada batu takkan ada udangnya. Perisik TST cubalah mengendeng-ngendeng (hidung X mancung) dengan penyalur maklumat dalaman kami. Huh rupanya ada satu lagi peti undi Pos DUN Ladang yang belum dibuka semenjak PRU12 dulu. (Satu lagi projek Keajaiban Nasional). Menurut sumber yang sangat boleh dipercayai itu,

Kerusi Dato’ Engku Hassan sebagai ADUN Pas Ladang bakal dirampas oleh Wan Hisham apabila peti undi misteri itu akan dibuka May ini. Menurut sumber yang memang boleh percaya itu, pengundiaan semula ber-kemungkinan TIDAK akan diadakan semula kerana Konsep Baru Kerajaan BN pimpinan Majib yang bertemakan belanja berhemah untuk berjimat cermat dan elak pembaziran wang untuk rakyat bakal memutuskan, ooop sorry, bukan BN tetapi katanya SPRM sekarang mempunyai kuasa penuh untuk menentukan (bukan BN lagi) samada PRK Dun Ladang patut atau tidak diadakan semula. Bak kata Anakku Mukhriz, terpulang kepada budi bicara SPRM. Patut pun Wan Hisham terhegeh-hegeh kembang semacam melawat kawasan, ada peti undi nak dibuka di sebalik batu SPRM rupanya.

Dalam satu scenario yang lain, Pengerusi DAP Terengganu, Sdr Ng Chai Hing pula melawat sebuah kawasan di Hulu Terengganu menyampaikan bantuan kemanusiaan kerana prihatin terhadap penderitaan keluarga Hasbunaim yang melarat di dalam negeri yang terkaya dan di kawasan DUN yang dimenangi BN.(Nawok)

Contoh CAKNA yang diamalkan oleh gagasan Pakatan Rakyat. CAKNA mengikut kamus Sinar Hairan ialah CAKAP dan LAKSANA.

Kalau nak dikirakan, kawasan tu dekat jugak dengan kawasan Rosol Wahid bersama 10 ADUN Hitam yang mengisytiharkan seteru dengan Ahmad said untuk membela penderitaan rakyat dan Umno. Persoalannya ialah, Rosol Wahid nak BELA sape? Rakyat konon..Nawok semuanya. (Nawok bahasa native Terengganu bermakna Bapak segala Penipuan) Dengar Rosol Wahid dah hampir pokai kerana tak cukup duit dah nak bayar Bunglow Mewahnya yang (berciri-ciri rakyat) di Bukit Besar, Kuala Terengganu yang dipercayai miliknya. (Kenapa tak buat rumah di kawasan Ajil DUN Sendiri? Takut Rakyat ke?) Manakala JKKK Natang dalam kawasan tempat tinggal usang Hasbunaim tu buat apa? Kerja bersih kubur saja ke? Patut pun sekarang orang kat sini panggil JKKKK sebagai “Jawatankuasa Kebersihan Kubur Kebangsaan”.

(Untuk rekod, Wan Hisham dan Wan Farid (yang dipercayai bertanggung jawab mengarahkan tembakan peluru hidup di Pemberontakan Terancang Wan Farid di Batu Burok 2009)adalah cucu kepada Dato’ Seri Lela Diraja Wan Mahmod, Ketua Polis Kuala Terengganu dan "barua" British yang mengetuai dan mengarahkan insiden tempur dan tembak mati 11 orang petani di PADANG KACHUNG, Kuala Berang dalam PEMBERONTAKAN TANI tahun 1928).

No comments:

Post a Comment