Friday, June 19, 2009

Nizar Fail Rayuan, Hakim Belum Kemuka Hujah Bertulis

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan permohonan kebenaran hari ini, untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

” Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh”, kata Nizar yang dilihat sebagai Menteri Besar yang sah dilantik dengan mandate rakyat Perak.

Kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha Nizar merayu untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.

Nizar bersetuju dengan kenyataan Ketua hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi menyelar hakim yang melengah-lengahkan keputusan bertulis mereka.

Zaki juga menggesa hakim membuat keputusan dengan telus dan berdasarkan kepada bukti serta undang-undang termaktub.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham turut mendesak hakim terbabit untuk menyegerakan hujah bertulis mereka bagi memberi keadilan kepada pihak yang mempertikai keputusan itu.

“Setiap keputusan hakim perlu disertai dengan fakta yang menyatakan sebab ia di ambil tetapi kegagalan mereka ini member ulasan bertulis adalah tidak mengikut sistem yang betul”, ujar Ngeh.

No comments:

Post a Comment