

Kerusi Dato’ Engku Hassan sebagai ADUN Pas Ladang bakal dirampas oleh Wan Hisham apabila peti undi misteri itu akan dibuka May ini. Menurut sumber yang memang boleh percaya itu, pengundiaan semula ber-kemungkinan TIDAK akan diadakan semula kerana Konsep Baru Kerajaan BN pimpinan Majib yang bertemakan belanja berhemah untuk berjimat cermat dan elak pembaziran wang untuk rakyat bakal memutuskan, ooop sorry, bukan BN tetapi katanya SPRM sekarang mempunyai kuasa penuh untuk menentukan (bukan BN lagi) samada PRK Dun Ladang patut atau tidak diadakan semula. Bak kata Anakku Mukhriz, terpulang kepada budi bicara SPRM. Patut pun Wan Hisham terhegeh-hegeh kembang semacam melawat kawasan, ada peti undi nak dibuka di sebalik batu SPRM rupanya.
Contoh CAKNA yang diamalkan oleh gagasan Pakatan Rakyat. CAKNA mengikut kamus Sinar Hairan ialah CAKAP dan LAKSANA.
Kalau nak dikirakan, kawasan tu dekat jugak dengan kawasan Rosol Wahid bersama 10 ADUN Hitam yang mengisytiharkan seteru dengan Ahmad said untuk membela penderitaan rakyat dan Umno. Persoalannya ialah, Rosol Wahid nak BELA sape? Rakyat konon..Nawok semuanya. (Nawok bahasa native Terengganu bermakna Bapak segala Penipuan) Dengar Rosol Wahid dah hampir pokai kerana tak cukup duit dah nak bayar Bunglow Mewahnya yang (berciri-ciri rakyat) di Bukit Besar, Kuala Terengganu yang dipercayai miliknya.

