Thursday, June 18, 2009

Kalau UMNO Sanggup Mengaku Bersalah Membunuh Ustaz Ibrahim Libya



Ibrahim Libya adalah tokoh penetang ISA yang terunggul dalam sejarah Malaysia. Ini kerana beliau dibunuh hanya kerana rakyat di kampung Memali tidak mengizinkan Ustaz Ibrahim Libya ditangkap di bawah ISA.

Rakyat Memali dan Ustaz Ibrahim Libya lebih sanggup mati dan dibunuh dengan kejam dari ditahan di bawah ISA, yakni Akta Ikut Suka Aku.

Ustaz Ibrahim Libya telah menjadi begitu berpengaruh di Baling kerana beliau adalah bekas pegawai di Pusat Islam. Kredibiliti beliau sangat tinggi sehingga beliau disegani oleh semua ustaz2 kampung walaupun ustaz itu UMNO.

Beliau menentang segala kezaliman tajaan UMNO/BN/Dr Mahathir dengan nyawa beliau sendiri dan seharusnya Ustaz Ibrahim Libya dianggap sebagai hero nasional seteraf dengan Leftenan Adnan.

Selepas dibunuh, mayat beliau ditanam di kampung Pasir Panjang. Malangnya, batu nesan telah tidak diizinkan untuk diletak di atas kubur Ustaz Ibrahim Libya. Berapa kali batu nesan tersebut dibuang setelah dinaikkan.

Akhir sekali, Sultan Kedah sendiri mengarahkan batu nesan itu jangan dikacau, dan Sultan Kedah telah menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya. Itu bererti Ustaz Ibrahim Libya bukan penjenayah dan bukan sesat kerana mana mungkin ketua agama menziarahi pusara penjenayah.

Waktu itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang antara ahlinya adalah Harussani Zakaria,telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah bughat, yakni penderhaka. Maka, darah ustaz ibrahim adalah halal.

Hanya PAS sahaja yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya telah syahid. Waktu itu diketuai oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan sehingga sekarang Tok Guru tak pernah mengatakan fatwa beliau ditarik kembali. Ertinya kekal Ustaz Ibrahim Libya gugur syahid.

Tok Guru telah berdoa kepada Allah SWT mengadu dan merintih supaya Allah SWT menurunkan hukuman Nya ke atas kezaliman yang telah berlaku ke atas Ustaz Ibrahim Libya.

Sekarang ni, ada pula kumpulan yang nak berdamai dengan kumpulan macam ni?

1 comment:

  1. sejujurnya aku krang tahu tntang pristiwa memali ni. aku cma dapt tahu dr membe2 aku sj. aku pon ader gak cri fakta2 tntang crita ni.. persoalan aku, sejauh manakah kebenaran bhawa pristiwa ini bnar2 brlaku, atau jkalau pon berlaku, aku tkut kalau2 fakta2 pristiwa ini diputar blitkan atau ditokok tmbah.. persoalan kdua, sebagai pmerhati neutral, pd pandangan aku,apakah slahnya kalau parti2 ni berunding.. bkankah Islam 2 sndiri mnganjurkan rundingan dan musyawarah.. aku x nafikan yg UMNO tu memang bnyak cacat celanya. tp apakah mnjadi satu dosa besar jka berunding dgn mereka? bkan kah kita saudara sesama ISLAM? we are brothers.. jgn biarkan org luar melihat klemahan ini.. wasalam...

    ReplyDelete