Wednesday, June 10, 2009

Umno di belakang muktamar PAS?

kemaskini 3.43pm Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.

Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Sementara satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

Ahad lalu, ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjata diraja siasatan kes rampasan kuasan BN di Perak awal tahun ini, perwakilan Shah Alam mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan tertentu untuk menjayakan muktamar tersebut.

Khalid Samad, yang juga ahli parlimen Shah Alam, juga mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.

"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

P/S : Malaysiakini

1 comment:

  1. Nik Aziz kata kalau orang bagi duit, bagi kain pelikat ambik, tapi bila undi, undi PAS.

    Isu Puncak Niaga ni pun anggap lebih kurang jelah. Sapa nak sponsor terima aje lah. hehe

    ReplyDelete